2003 - Berita Semasa [PDF]

Jika kita merenung sejarah peradaban Islam lampau, kita akan melihat keagungan Islam dan ilmu pengetahuan dan teknologin

7 downloads 19 Views 307KB Size

Recommend Stories


BERITA UTAMA | KeadilanDaily.com [PDF]
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan tindakan Putrajaya melengah-lengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dilakukan sehari sebelum Dewan Rakyat tamat bersidang. Wan Azizah yan

2003(pdf)
We may have all come on different ships, but we're in the same boat now. M.L.King

2003 Article PDF
Your big opportunity may be right where you are now. Napoleon Hill

Shou 2003.pdf
What we think, what we become. Buddha

Babo-Soares_D_Thesis 2003.pdf
The only limits you see are the ones you impose on yourself. Dr. Wayne Dyer

f1lmévkönyv 2003 - MaNDA [PDF]
p: Simó Sándor sz: Gazsó György (Sándor), Márkó Eszter (Anna), László Péter (Ban- di), Almási Sándor (Gábor, Anna barátja), Pindroch Csaba (Géza,. Anna bátyja) ...... Ezt elérni az igazi nagy kaland - ami itt meg is történt. "Hősnője" el- ...... r: P

Årsmelding 2003 (PDF)
Don’t grieve. Anything you lose comes round in another form. Rumi

(Raymond Franz 2003).pdf
Where there is ruin, there is hope for a treasure. Rumi

2003 v PDF
Be like the sun for grace and mercy. Be like the night to cover others' faults. Be like running water

Mar 2003.pdf
Seek knowledge from cradle to the grave. Prophet Muhammad (Peace be upon him)

Idea Transcript


UCAPAN PERASMIAN YAB. DATUK MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN USIA KALI KE-17, DI DEWAN SAADAH WISMA MUIS, KOTA KINABALU PADA 25 JULAI 2003 Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, Syukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama pada hari ini, di majlis Perasmian Perhimpunan Agung USIA kali ke 17. Semoga Allah s.w.t. memberkati pertemuan dan permesyuaratan yang berlangsung hari ini dan pertemuan ini mencapai objektifnya serta membantu memperhebatkan lagi penyebaran syiar Islam di negeri ini khasnya. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada USIA kerana berjaya melaksanakan perhimpunan agung ini dan saya berdoa agar USIA dapat merealisasikan objektif awal penubuhannya. Hadirin yang dhormati sekalian, Cabaran yang didepani oleh masyarakat Islam hari ini semakin kompleks dan pelbagai sifatnya. Dengan yang demikian, umat Islam perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja berbentuk keagamaan, tetapi juga merangkumi segenap bidang serta tahap kekuatan mental dan fizikal yang jitu. Negara-negara Islam di seluruh dunia jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Jika kita merenung sejarah peradaban Islam lampau, kita akan melihat keagungan Islam dan ilmu pengetahuan dan teknologinya. Namun demikian, adalah amat malang kerana kegemilangan ini tidak dapat kita pertahankan, sebaliknya negara-negara penjajah memperolehi manfaat yang bukan sedikit dari kekayaan tamadun Islam ini. Pergolakan dalam negara, kekacauan akibat hilangnya rasa persaudaraan sesama Islam dan yang paling asas ialah penyimpangan dari agama Islam sebenar merupakan punca kejatuhan dan terpadamnya keagungan sejarah ketamadunan Islam. Sejarah lampau ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita. Apa yang telah mengahancurkan ketamadunan yang pernah menjadi rujukan seluruh dunia ini perlu dijauhi dan dipastikan agar tidak berulang lagi. Soal perpaduan dan persaudaraan sesama Islam perlu diperhatikan dan perkukuhkan. Kita tidak harus berkompromi dengan usaha sesetengah pihak untuk memecah belahkan umat Islam terutama di negeri Sabah yang kita cintai ini. Apa sekalipun, sebagai pemimpin, kita perlu memulakan dan menterjemahkan usaha ini dalam kehidupan harian kita. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada kepimpinan USIA di segenap peringkat agar terus memperkukuhkan perpaduan dan bersatu dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Pergeseran yang membawa perpecahan perlu dihindarkan dan pengukuhan ukhuwah perlu dijadikan usaha berterusan. Jawatan yang kita sandang sesungguhnya adalah tanggungjawab besar yang perlu ditunaikan kerana kita bukan sahaja bertanggungjawab kepada ahli-ahli USIA dan masyarakat Islam seluruhnya, malah juga tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi. Para hadirin sekalian, Perkembangan pesat ilmu pengetahuan serta teknologi termasuklah teknologi maklumat dan komunikasi, membawa pelbagai kesan kepada kehidupan harian kita. Pelbagai maklumat dapat kita perolehi dengan cepat dan mudah. Dalam masa yang sama penapisan maklumat tidak lagi ketat dan semua individu mempunyai akses kepada maklumat sama ada maklumat berkenaan positif atau sebaliknya. Keadaan ini turut mencorakkan pemikiran kita terutama di kalangan generasi muda. Situasi ini menuntut kita untuk memperkukuhkan jati-diri muslim yang tidak boleh diganggu-gugat oleh unsur-unsur negatif. Pengukuhan peribadi muslim yang unggul perlu menjadi objektif utama kita dan perlu kita mulakan dari unit kecil masyarakat iaitu keluarga kita sendiri. Kemajuan dan kecanggihan teknologi serta ilmu pengetauan memerlukan kita sentiasa terbuka terhadap ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Dengan yang demikian, kita tidak akan ketinggalan dan boleh menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa. Begitu juga dalam konteks uslub dakwah. Method yang digunakan dalam uslub dakwah mestilah disesuaikan dengan kemajuan terkini agar imej Islam dapat dipelihara dan diperkayakan, sebagai agama yang sentiasa bersesuaian dengan segala zaman. Kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan sepenuhnya bagi manfaat masyarakat Islam keseluruhannya. Method uslub dakwah yang usang perlu dipermodenkan agar kita dapat menjangkau lebih ramai anggota masyarakat dan dalam masa yang sama memudahkan kita menyebarkan ajaran agama suci ini. Kita tidak seharusnya memencilkan diri dari perkembangan tamadun moden terutama dalam konteks tamadun ilmu kerana sikap sedemikian hanya akan menyebabkan kita tertinggal serta masih dikongkong oleh paradigma lama yang kelihatannya seperti "katak di bawah tempurung". Budaya pembelajaran sepenjang hayat perlu kita praktikkan agar kita dapat bersaing dan membela imej murni agama Islam. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebahagian besar penduduk negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya adalah kalangan generasi muda. Kelompok berusia 15 tahun ke bawah sahaja meliputi lebih dari 33% keseluruhan penduduk Malaysia. Dalam konteks perkembangan dunia hari ini, generasi inilah yang sering dikaitkan dengan krisis moral dan kepincangan sosial yang lainnya. Oleh yang demikian, adalah amat wajar jika golongan ini mendapat perhatian serius kerana generasi ialah yang bakal meneruskan usaha memelihara dan memperkembangkan syiar Islam dimuka bumi ini. Saya ingin mencadangkan agar USIA mempertingkatkan perhatian dan usaha ke arah membentuk dan melahirkan generasi mudah Islam yang mempunyai jati-diri Islam yang teguh dan berketrampilan. Golongan muda ini juga perlu dilatih menjadi pemimpin agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka nanti dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Pelbagai kegiatan yang bersesuaian dengan golongan muda dalam konteks pembinaan sahsiah diri harus dianjurkan dengan kerap. Sesungguhnya, masa depan agama dan negara kita terletak di tangan golongan muda ini. Sekiranya kita dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, beriman dan bertanggungjawab, kita akan dapat bersaing dan menempatkan diri setaraf dengan negeri-negeri lain apabila negara kita memasuki era negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya amat berharap agar USIA juga memainkan peranan penting ke arah membantu mempertingkatkan lagi tahap pembangunan negeri Sabah dalam segenap segi, terutama dalam konteks pembangunan mental dan keintelektualan. Kerajaan Negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri ini dan membina sumber manusia yang berkualiti. Seperti yang telah saya gariskan dalam Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah kita mula-mula memegang jawatan Ketua Menteri dahulu, sumber manusia merupakan aset penting kepada negeri Sabah. Dengan yang demikian usaha tanpa mengenal jemu perlu kita laksanakan agar Sabah dapat melahirkan individu-individu berkemahiran, berpengetahuan dan mempunyai jati-diri. USIA juga perlu membantu merealisasikan usaha mempertingkat taraf ekonomi masyarakat Negeri ini dengan sekurangkurangnya menghebahkan segala kemudahan, bantuan dan bimbingan oleh pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi-agensinya. Saya yakin, kerjasma erat dan perkongsian matlamat antara pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) akan memberi manfaat kepada kita semua dalam usaha mengangkat martabat agama, bangsa dan negra. Saya mendoakan agar USIA terus maju dan kukuh serta relevan dalam usaha memartabatkan agama Islam. Kita akan dapat merealisasikan cita-cita ini sekiranya setiap pemimpin dan ahli USIA memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan beramanah. Para hadirin sekalian, dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim saya merasmikan Perhimpunan Agung USIA kali ke 17 tahun 2003 ini. Sekian dan selamat bersidang. Wassalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

0 Comments

Official Portal Of The Sabah State Government

Recommend

1

Login

Sort by Best

Share

Start the discussion…

ALSO ON OFFICIAL PORTAL OF THE SABAH STATE GOVERNMENT

Personal Financial Management Course - INSAN

RECRUITMENT OFADMINISTRATIVE OFFICER GRADE N41

2 comments • 5 years ago

5 comments • 3 years ago

sabahgov_mod — Terima kasih di atas komen anda. Untuk maklumat lanjut

Rizal — is it this position only open for staffs ? or also open for fresh graduate

bolehlah menghubungi pihak penganjur kursus tersebut seperti yang dinyatakan di dalam iklan kursus.

too? and how to apply?

SYNOPSIS OF GENERAL LAW COURSES I

Basic and Typing Skills Course for Series I and II

2 comments • 4 years ago

3 comments • 5 years ago

sabahgov_2014 — Dear Mr Chin,Thank you for your inquiry on the above

courses. Regret to inform that outsider is not allowed to join the course. They are meant for civil servants. Subscribe

Add Disqus to your siteAdd DisqusAdd

Privacy

lia al — terima kasih

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.