amalinaazman | Bismillah~ [PDF]

“Kita kena bersyukur, sekurang-kurangnya, Allah beri kita peluang untuk merasa menjadi orang yang pernah berjaya. ....

6 downloads 7 Views 473KB Size

Recommend Stories


Bismillah
You have to expect things of yourself before you can do them. Michael Jordan

the Barkat of “Bismillah
If you feel beautiful, then you are. Even if you don't, you still are. Terri Guillemets

bismillah alrahman alraheem iran guide
Be who you needed when you were younger. Anonymous

i Bismillah-hirahmaan-niraheem A homoeopathic drug proving of Carcharhinus leucas 30CH with
This being human is a guest house. Every morning is a new arrival. A joy, a depression, a meanness,

Sufismus, ein mystischer Weg Bismillah e Rahmen e Rahim Wir beginnen im Namen Gottes, des
And you? When will you begin that long journey into yourself? Rumi

Speech 1 Bismillah Al Rahman Al Rahim...In the name of Allah, the most gracious, the most
Ego says, "Once everything falls into place, I'll feel peace." Spirit says "Find your peace, and then

download pdf Creează PDF
You have survived, EVERY SINGLE bad day so far. Anonymous

Abstracts PDF Posters [PDF]
Nov 11, 2017 - abstract or part of any abstract in any form must be obtained in writing by SfN office prior to publication. ..... progenitor marker Math1 (also known as Atoh1) and the neuronal marker Math3 (also known as. Atoh3 and .... Furthermore R

Ethno_Baudin_1986_278.pdf pdf
You can never cross the ocean unless you have the courage to lose sight of the shore. Andrè Gide

Mémoire pdf .pdf
Everything in the universe is within you. Ask all from yourself. Rumi

Idea Transcript


amalinaazman BISMILLAH~

May

Allah is Sufficient for us

24

Search

Search

Final exam for forth year medical student is approaching. Laman media mula sunyi dari noti-noti daripada rakan-rakan. Dunia serasa

RECENT POSTS

senyap benar. Masing-masing ‘bergua’ dengan himpunan lecture

Allah is Sufficient for us

notes yang berlambak itu.

Bumi mana tiada masalah The old me Being humble

Ada seorang ukhti itu, mengadu tersedu sedu pada emaknya. Kerisauannya memuncak. Kegelisahannya mengetuk hati. Entah

Pujukan hati

kenapa, risau benar dia. Masing-masing sudah mula merencana, ahli kumpulan (roundmates ) untuk next rotation Tahun 5.

RECENT COMMENTS

“ Kawan kita tak mahu dah segroup dengan kita.” Katanya.

amalinaazman on The old me

“ Lahh. Takkanlah takde kawan-kawan lain selain Mimi?” Tanya

nadhirahrazlan on The old me

emaknya. “ Ada mak, tapi Mimi tu ‘cikgu’ adik. Selalu time study group, dialah

fatinah munsai on Tarbiyatul aulad

yang ajar adik. Adik rasa kehilangan. Takut kenot survive without her. Adikkan tak terer. So memang perlukan bantuan kawan-kawan untuk ajar adik.” Ujarnya lagi.

pUtEri IsmaiL on Tarbiyatul aulad

“Ohhh.” Jeda maknya sebentar sebelum kedengaran suaranya menyapa.

ARCHIVES

“Hakikatnya adik. Kita bukan survive kerana manusia. Tapi kita survive kerana Allah yang bantu kita. Mimi bukan penentu segala. Bukan asbab untuk kita berjaya. Mimi manusia biasa. Sama sahaja dengan adik. Kudratnya serba terbatas. Jangan takut, kehilangan manusia.”

May 2015 February 2015 November 2014 August 2014 July 2014 May 2014 April 2014

Allah is Sufficient for us

March 2014

“Masihkah adik ingat akan ayat Allah yang menjadi kegemaran kita bersama?” Tanya emak.

CATEGORIES

Uncategorized

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dari Surah At-Taubah, ayat 129.” Jawabnya lagi.

META

Register Log in

“ Sedihkan mak, menjadi orang yang tak diperlukan masyarakat

Entries RSS

begini?”

Comments RSS WordPress.com

“Apa maksud adik tak diperlukan?” Tanya emaknya. “Iyalah. Kalau jadi insan seperti Mimi, semuaaaa orang mahu satu kumpulan dengan dia. Sebab dia bermanfaat buat manusia. Boleh bantu ajar. Boleh bantu fahamkan kita apa yang doktor terangkan.” Luah adik. Sambungnya lagi, “ Adik tidak secemerlang dulu. “Kita kena bersyukur, sekurang-kurangnya, Allah beri kita peluang untuk merasa menjadi orang yang pernah berjaya.

” Biar saat-saat berada dibawah ini, menjadi peringatan untuk kita satu hari nanti, jika Allah izinkan ia kembali berputar diatas, agar kita menjadi seperti padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Kerana nikmat, Allah mampu tarik bila-bila masa sahaja.” Pesan emak.

“Dan apabila adik kata adik tidak cemerlang, sekurang-kurangnya adik masih lagi Allah izinkan menjadi seorang pelajar perubatan

Report this ad

sekarang ini.” “Adik. Mimi mungkin bermanfaat pada manusia dalam bidang pembelajaran, kita tak tahu bahagian mana yang Allah beri kelebihan

Search

Search

pada kita, tetapi tidak buat dia. Manusia, tidak akan mampu dapat segala perkara yang dia inginkan.”

RECENT POSTS

Allah is Sufficient for us

Dari kejauhan adik mengangguk. Bersetuju.

Bumi mana tiada masalah The old me

“Betul, mak. Kita patut bersyukur.”

Being humble Pujukan hati

“Ya. Kena terusss positif dengan Allah. Kerana terlalu banyak perkara belakang tabir yang berlaku pada kita, tanpa kita tahu apa hikmahnya. Jangkauan akal kita sangat terbatas, nak. Bukankah

RECENT COMMENTS

Allah sentiasa datang dalam sangkaanmu?”

amalinaazman on The old me

nadhirahrazlan on The old me

fatinah munsai on Tarbiyatul aulad

pUtEri IsmaiL on Tarbiyatul aulad

ARCHIVES

May 2015 February 2015 November 2014 August 2014

Berborak bercerita bersama emaknya, tidak pernah mengecewakan.

July 2014

Beribu bapakan mak abah yang solehah juga adalah salah

May 2014

satu nikmat yang sering manusia terlupakan. Berapa ramai anak anak

April 2014

luar sana yang ketandusan kasih sayang. Tercari cari orang yang

March 2014

ingin dijadikan pendengar setia untuk mendengar luhan. Mahu sentiasa dipujuk hati dengan diingatkan pada Tuhan tatkala ujian datang menguji? Ketahuilah, bahawasanya dunia, hanyalah sebuah ujian dan senda gurauan. Hakikatnya, selama manalah kita mampu harapkan manusia. Hati Mampu hilang arah. Mampu terkabur kasih sayang. Manusia mampu

Log in

lupa. But Allah will always appreciate His slaves. Allah selalu hargai

Entries RSS

kebaikan kita walaupun sedikit. Dia tidak pernah jemu dan bosan

Comments RSS

hamba-Nya melalui hikmah hikmah dalam kehidupan. Maka lepaskanlah mereka. And keep your faith in Allah. Hanya Allah yang mampu survivekan kita. Even every single second we take our breath, is because of Allah’s good pleasure to us. “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” [Surah AlBaqarah:45]

Report this ad

Report this ad

Bumi mana tiada masalah Saya berborak dengan seorang adik medical student ni. Student USIM. Tahun 1. Rindu dekat dia. Adik yang jauh di mata, akrab benar di hati. And kebetulan time tu dia ada PBL (Problem Based Learning). Kind of small discussion antara student untuk bincangkan satu jenis kes ( adik tu dapat kes, Left leg swelling tak silap), bincang risk factorsnya, causesnya, compilcation etc etc yang mostly saya rasa saya start buat tu time sekarang ni. Clinical year. Forth year. And tiba-tiba memori zaman saya tahun 1 singgah dekat minda. (Patut sekarang tgah jadi zombie sebab fatrah imtihan. Tapi stop jadi zombie kejap and be a writer

Lepas gian rindu menulis.) Sebab

zaman tahun 1 ku bukan begini. Still struggling nak adapt kehidupan oversea. Nak faham bahasa lecturers. Masyarakat arab. ( Polypeptides jadi bolybebtides. Pepsi jadi Bebsi. etc). And lain-lain masalah. And can u imagine time kami tahun 1 dr ajar Physics pun bahasa Arab. So, berseliratlah otak jadinya untuk nak faham.





Keindahan pujukan Allah dalam surah Ad Dhuha.

‘Dan atas nikmat Tuhanmu, sebut sebutkanlah.’

Sebab hakikatnya, manusia tidak akan pernah cukup. Kadang hati kita merintih kenapa Jordan yang dipilih jika dibandingkan negara lain sebab nak survive di sini amatlah payah . Tapi kenangkanlah betapa banyak nikmat yang Allah beri, rather than terus merungut . Nikmat tarbiyah Nikmat ikhtilat terjaga Nikmat berbahasa arab Nikmat naik flight Nikmat travelling Nikmat be a medical student Nikmat jumpa akhwats & ikhwah Alhamdulillah ala kulli hal

Dan nak katanya, hatta al an, Allah makes me survive. Dan hanya Dia yang mampu selamatkan kami grad tepat waktunya. Kadang mungkin kita tak sedar, sibaq (perlumbaan) kita atas dunia ni, bukan semata diuji pada ujian2 untuk kita sabar, tapi mungkin juga diuji sedalam mana kita mampu mensyukuri nikmat yang Dia beri. Moga kita terus sedar diri and kuatlah untuk be the best, dalam beberapa masa yang berbaki. We never know, bila ajal kita akan tiba.

Peristiwa kena halau dengan Doktor balik rumah. Moga Allah sentiasa maafkan and sayang Dr.

May

13

The old me

2

Saya bukan suka sangat pun cerita pasal diri sendiri. Kalau dulu (sampai sekarang juga), antara doa dan pendirian yang saya pegang adalah biarlah kalau boleh diri kita ni jadi umpama khazinatul asrar ( khazanah yang menyimpan seribu satu rahsia). Tapi why not, kita buka cerita sikit, untuk jadikan pedoman diri sendiri dan orang lainnya, bila mana Fb punya status adalah medan yang tidak berapa relevan untuk berkongsi cerita sbb nanti dia jatuh dan twitter pula kena pendek2 tulisannya. And takdelah cerita dalam2 sgt pun. Cuma mahu dikenang untuk dijadikan teladan dan tauladan. Dekat Jordan ni, Allah selalu ajar saya dan datangkan bnyak peristiwa utk ajar saya sedar diri, bahawasanya setiap manusia ni ada roda tersendiri. Sekejap atas, sekejap bawah. Hidup dekat Jordan, setiap hari kena muhasabahhhh. kadang kala tanpa tazkirah dan peringatan, setiap hari rasa loser. Saya yang rasa. Dan di Jordan ni juga, sesungguhnya roda saya sedang menyaksikan detik2 berada di bawah. Alhmdulillah ala kulli hal. Sebab hanya Allah dan diri sendiri sahaja yang tahu, kebaikan dan keburukan kita dahulu. Dan biarlah derita sekrang ini kutanggung, asal saja kembali padaNya nanti muka tak diseret api neraka. I’m sorry Allah. Hakikatnya, segala yang Allah berikan pada kita, pinjaman semata mata. Maher Zain kata, ‘ life is just a passing moment~’. So that’s is very true.

King Abdullah University Hospital

Mengenangkan itu, saya tidak dapat membayangkan jika hidup yang saya lalui kosong tanpa tarbiyah. Mengapa? Mari saya bukakan cerita.

May

13

Being humble Hakikatnya, menjadi pelajar perubatan mengajar saya seribu satu erti bahawasanya we are no one without Allah.

Kehidupan di bumi Jordan yang penuh dengan tarbiyah. Nantikan cerita saya yang seterusnya. ( Tak tahu bulan depan ke, bulan depan depan depannya. doakan~)

Feb

07

Pujukan hati Angin sejuk yang bertiup perlahan melalui celahan tingkap yang sedikit terbuka mendamaikan hati. Dari balik tingkap itu, kelihatan kepulan-kepulan awan yang bergerak laju ditiup angin. Subhanallah. Baru semalam mataku menyaksikan langit yang terbentang luas tanpa hamparan awan di dada langit. Matahari mampu menyinarkan cahayanya tanpa apa-apa halangan. Mengalirkan sedikit kehangatan. Hari ini dengan pantas sahaja Allah mengarahkan kepulan awan dengan saratnya membawa air untuk menutupi langit di Irbid, bumi Jordan yang berkah ini. Air Nescafe yang baru sahaja dibancuh tadi aku kacau dengan menggunakan sudu plastik yang dikitar semula hasil pembelian halawiyat atau manisan tempoh hari. Seronok melihat asap-asap halus yang berebut-rebut melepaskan diri ke udara. Usai solat sunat dhuha tadi, sudah dua tajuk dari subjek Physiology aku khatamkan. Tiba masa untuk menelaah subjek Anatomy namun mataku disapa rasa mengantuk. Lantas air kegemaranku ini dibancuh, mengharap agar air ini mampu mengerakkan semula saraf juga mindaku untuk terus aktif berfikir, mencerna dan menelan ilmu Allah yang Maha Luas. Lumrah hidupku sebagai seorang pelajar perubatan, diberi Allah amanah dan tanggungjawab bagi menggalas tugas kritikal seorang doktor, mempelajari mengenai ilmu hakikat penciptaan diriku sendiri, ‘sebaik-baik kejadian’ yang pernah Allah sebut dalam Al-Quran benarbenar satu rahmat. Benarlah jika dahulu salah seorang guruku pernah dengan baik hatinya berkongsi pendapat. “Belajar ilmu perubatan adalah salah satu cara untuk awak kenal Allah dengan lebih dekat. Hakikat penciptaanNya yang benar-benar punya hikmah kebijaksanaan. Hinggakan sekecil-kecil cel itu pun sebenarnya telah membawa fungsi yang besar sehinggalah terhasilnya manusia yang komplikated ini.” Tersenyum kecil aku tatkala mengimbau kembali gelagat Cikgu Teem, atau nama sebenarnya Fatimah yang sering kali penuh gaya dalam meyampaikan dan menerangkan apa ilmu biologi yang diajarnya. Guru sememangnya banyak sekali menabur jasa. Tidak aku lupakan kata-kata keramat ulama yang amat aku kagumi, Imam Syafie yang ada mengatakan bahawa ilmu terbaik selepas ilmu halal dan haram adalah ilmu perubatan. Alhamdulillah. ‘Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi amanah dan tugas ini. Namun pohonku, hulurkanlah bantuan. Fahamkan saya yang ini.’ Aku bermonolog sendirian. Menghadirkan dalam setiap satu kelakuanku bersama dengan Allah. terasa tenang dihati tatkala mengingati Allah setiap masa dan dimana sahaja. Tekanku perlahan sambil highlighter yang berwarna biru itu akan gariskan kepada sebaris penerangan yang tidak aku fahami. Sejenak aku membiarkan mindaku berputar-putar mencari jawapan. Mengkaitkan dengan apa sahaja yang akalku mampu tercapai agar mendapat gambaran sebagaimana yang cuba disampaikan oleh buku Guyton and Hall, textbook of Medical Physiology ini mengenai fungsi cel-cel dalam tubuh badan dalam mematikan kelancaran prosesproses pencernaan, pernafasan, kadar tekanan darah dan sebagainya. Perlahan telingaku menangkap bunyi instrumental Yiruma bertajuk Beloved daripada telefon bimbit Samsung Galaxy rakan sebilikku, menunjukkan bahawa ada panggilan yang sedang menunggu. Menggeliat dan keluhan kecil lahir dari bibir rakanku yang berasal dari Terengganu itu kerana lenanya diganggu. Maklum sahaja, sejuk begini memang mudah sahaja mata untuk mengantuk sementelah di Malaysia tidak akan ada peluang untuk merasai nikmat bermusim sejuk. Perasaan seperti tinggal di hotel yang berhawa dingin secara semula jadi setiap masa sangat sukar digambarkan. Aku terus menumpukan perhatian. Semakin lama semakin sayup suara Yusra Hayyah yang sedang sibuk melayan entah siapa pemanggil yang menelefonnya sebentar tadi. Yakinku, pemanggil tersebut adalah keluarganya dari Malaysia. “Yayh! Yayh!” ‘Astagfirullahalazim.’ Aku mengurut dada. Terkejut benar melihat reaksi Yusra Hayyah yang tiba-tiba bangkit dari tidur menjerit sebegitu. Bukan begitu sahaja, aksi kebudak-budakannya yang melompat-lompat diatas katil empuk Sakan Sahawneh benar-benar mengundang rasa terujaku untuk bertanya akan apa yang sedang berlaku kepadanya. Mana tidaknya, baru sebentar tadi dia mengeluh kecil, ucapan salam juga dijawab acuh tidak acuh menandakan bahawa betapa dirinya keletihan setelah berpenat lelah belajar malam semalam. Yusra Hayyah berbeza benar dengan diriku. Kebiasaannya dialah yang akan berjaga malam kerana dia gemar menggunakan waktu malamnya untuk mengulang kaji. Bagiku pula, masa terbaik bagi otakku menerima ilmu adalah ketika awal pagi. Makanya malammalam pasti akan ada ‘burung hantu’ dibilikku yang setia dengan buku pelajarannya. Aku hormati prinsip dirinya. Dia juga menghormatiku. Meskipun sukar bagi aku, hamba Allah yang bernama Khairah Hisan ini untuk tidur dalam keadaan bilik yang separuh terang, namun sudah menjadi satu kebiasaan pula sementelah aku ditakdirkan sebilik dengannya. Alah bisa, tegal biasa. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Yusra Hayyah, sebagai seorang pelajar berasrama, belajar larut malam sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan. Bagi diriku, sebagai seorang pelajar sekolah harian yang tidak punya pengalaman langsung mengenai sekolah berasrama penuh, mampuku hanyalah menelan apa sahaja yang dikatakannya, kerana ternyata aku tidak punya apa-apa hujah untuk membantah. “Apa yang berlaku Yusra?” Tanyaku hairan. Air Nescafe yang sudah mula beransur sejuk aku hirup perlahan. Menghayati keenakannya. “Harumnya aroma Nescafe tu.” Senyuman sumbingnya terukir. Lain yang ditanya, lain pula yang diminta. “Saya tahu. Nanti saya tolong bancuhkan. Tetapi ceritalah dahulu, apa yang berlaku sehingga awak bereaksi begini.” Faham benar dengan wajah itu. Aku turuti sahaja kemahuannya lebih-lebih lagi selalunya sarapan sememangnya akan aku sediakan. Minat memasak ini aku yakin diwarisi dari emakku. “Terima kasih Khairah. Alhamdulillah.” Melebar senyumannya. Terserlah dua pasang lesung pipit dikedua pipinya yang gebu itu. Aku memberinya ruang untuk berkongsi denganku. “Abang saya yang telefon sebentar tadi.” Yusra Hayyah berjeda sebentar. “Kakak ipar saya sudah selamat melahirkan anak. Baby boy.” Bersinar-sinar matanya. “Oh, subhanallah.” Teruja aku mendengarnya. ‘Untunglah.’ Bisik hatiku diterpa rasa sayu dan cemburu. Lantas aku bunuh rasa yang tidak enak itu dengan istighfar. Semampuku pamer rasa bahagia, aku turut tumpang gembira. “Alhamdulillah. Tahniah.” Sengaja mengusik, tangan aku hulur kepadanya. “Macam saya pula yang baru lahirkan anak.” Tawa kecilnya sambil menyambut huluran tanganku. “Saya minta maaf kerana terlewat bangun.” Pohonnya. “Saya faham. Awak sedang ma’zurah sekarang.” Aku tunjukkan rasa memahami sementelah aku juga perempuan. Jika tidak boleh bersolat, perkara biasa jika terlewat sedikit bangun dari tidur. “Awak tahu, abang dan kakak ipar saya itu baru sahaja berkahwin tahun lepas. Dua bulan baru kahwin, Kak Farah sudah disahkan mengandung. Teringat sabda Nabi, wanita yang murah rezeki adalah wanita yang kahwin awal, murah maharnya dan cepat dapat anak.” Aku meminjamkan telinga, mendengar bicaranya. “Ummi dan baba saya pastilah orang yang paling gembira sekali menerima berita kelahiran cucu sulungnya ini. Sebelum ini, mereka sibuk menyuruh Along kahwin. Teruja ingin menyambut menantu katanya. Entah apa perasaan mereka menyambut cucu pula.” “Pastilah lebih bahagia dan gembira. Sudah jadi atuk dan nenek.” “Seronok bukan kahwin ini Khairah? Awak tidak mahu berkahwin awal?” Untuk soalan itu, aku tergelak perlahan. Tercuit hati mendengar soalannya. “Umur kita berapa Yusra Hayyah?” Tanyaku seolah-olah aku tidak tahu jawapannya. “19 tahun. Zaman sekarang memang ramai orang berkahwin awal.” Ujarnya tidak mahu kalah. Aku menggelengkan kepala. “Berkahwin memang seronok. Tanda sudah terpateri ikatan yang sah, sempurna agama. Seronok hidup berteman. Tetapi apabila disebut tentang perkahwinan, minda saya bukan sahaja melihatnya sebagai satu perkara yang indah, namun disebaliknya itu terselit sebuah tanggungjawab yang berat. Peralihan tanggungjawab kita daripada kedua ibu bapa kepada seorang lelaki bernama suami. Setelah itu datang pula tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sekarang ini pun sudah terasa berat bahu menggalas amanah Allah untuk mempelajari ilmu perubatan. First thing first.” Aku kongsikan prinsip diriku bersamanya. “Betul juga apa yang awak cakap itu.” Rambutnya yang kusut disisir rapi dan diikat satu. Sangkaku sudah berakhir dialog. Langkah kakinya bukan diatur ke bilik air tetapi duduk kembali diatas katil, dekat dengan kedudukanku di meja belajar. “Masih banyak lagi tanggungjawab buat ummi dan baba yang masih belum saya lunasi, mahu beralih tanggungjawab kepada seorang suami pula.” Aku biarkan sahaja dia berfikir sendirian. Harapanku jika ada lintasan hatinya untuk berkahwin semuda ini dalam keadaan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar akan dipertimbang sebaik mungkin. Mengikut akal waras, bukan desakan hati sematamata….. “Hari ini, oleh sebab rakan awak ini rajin, saya masak sarapan yang sangat istimewa.” Ujarku mengalih topik bicara. Yusra Hayyah mencebik bibir. “Perasan sahaja. Apa yang awak masak?”

Me. With sakanmates. Bergambar depan Sakan Sahawneh yang cantik lagi mahal harganya sebelum bertolak untuk jaulah bersama rakan sekelas INTEC, MEJ 3. Kenangan yang sangat banyak dan manis. 2011

Langkah kaki aku atur ke dapur rumah. Unik benar tinggal di Sakan Sahawneh, sebuah rumah sewa atau lebih sesuai digelar sebagai asrama ini kerana dalam satu bilik yang sederhana besarnya menempatkan ruang tidur, bilik air, meja belajar, dua set almari dan juga dapur. Makanya, makan, tidur, mandi, belajar segalanya kami lakukan dalam sebuah kawasan yang sama. Pi mai pi mai tang tu juga. “Taraa!” Tanganku menunjukkan hasil penat lelahku bangun awal pagi hanya kerana ingin mencuba resipi baru. Lebih menyeronokkan kerana hasilnya membuahkan kejayaan. “Apa ni?” Terangkat keningnya. “Makaroni bakar.” Sangkaku dia tahu. “Wah, macaroni bakar dengan cheddar cheese. Wah, sedapnya!” Barulah Yusra Hayyah menunjukkan rasa terujanya. “Lambatnya reaksi teruja.” Komenku sambil memuncung bibir. “Maaflah, saya ini memang lambat sedikit. Alahai, jangan ambil hati tuan puteri. Mari makan. Mesti sedap ni.” Pujuknya kembali. Aku tersenyum kecil. Malas mahu mengambil hati akan perkara yang remeh sebegini. Sementara menunggu Yusra Hayyah mempersiapkan dirinya, aku membancuh air dan menghidang. Makaroni bakar sangat menyelerakan lebih-lebih lagi apabila makan dengan sos tomato….. Bersambung ~

Feb

07

Nantikan SECOND WAVE of buku AKAL !!! Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi buku pertama Al-Quds Centre for Studies & Development telah berjaya diterbitkan. buku yang bertajuk “Akal, Siapa Tuhan Kamu?” telah diterbitkan oleh syarikat penerbit Maghfirah Publications di Malaysia. Buku ini akan mengupas beberapa isu fundamental mengenai ancaman ideologi liberalisme dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim di Malaysia antaranya: 1) Kebebasan menurut ‘World View’ Islam 2) Salah faham umat islam terhadap wala’ dan bara’ 3) Projek Normalisasi : ‘Building Moderate Muslim Network’ 4) Projek Orientalis dalam melunturkan jati diri umat islam 5) Gerakan Feminisme 6) Perjuangan Hak Asasi Manusia : Sekitar isu LGBT dan beberapa lagi tajuk yang bakal membuka mata anda !

Setelah jualan 50 unit buku tempoh hari lalu yang hanya mengambil masa tidak sampai satu jam untuk sold out, pihak Al-Quds akan buka tempahan kali kedua yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Stay tuned!!

Keseluruhan buku yang telah berjaya dijual setakat ini adalah 1000 pieces out of 2000. Thanks Allah.

Nov

27

META

Register

mahu mengecewakan. Disalur kasih sayang melalui ujian. Tarbiyah

16

Uncategorized

manusia mampu berubah. Terikut ikut dengan persepsi masyarakat.

memberi pertolongan. Tak pernah berniat melukakan. Tidak pernah

May

CATEGORIES

Salah faham ‘Poligami’ oleh Islamic Renaissance Front (IRF) NUR AMALINA MOHD AZMAN TAHUN 4, PERUBATAN JORDAN UNIVERSITY OF SCINCE AND TECHNOLOGY (JUST) Abstrak Kertas kerja ini adalah bagi memperjelaskan beberapa isu berkaitan wanita dan poligami. Dimana, terdapat beberapa hujah yang telah disalahertikan oleh pertubuhan pro liberal Islamic Renaissance Front. Ia merangkumi penjelasan daripada para ulama’ muktabar yang ada saya petik daripada kitab nukilan mereka sendiri dan bukti-bukti artikel keluaran IRF yang jelas menyimpang daripada apa yang telah digariskan syariat. Pendahuluan Sejak zaman berzaman dunia menjadi saksi bahawasanya isu dan persoalan-persoalan seputar wanita sering kali diperdebatkan. Abad silam, mencatatkan sejarah dimana manusia sedunia bahkan kaum muslimin sendiri ada yang sudah jauh menyimpang dari tuntutan agama dalam memperlakukan wanita. Berkata Syeikh Muhammad al-Ghazali: ‘Ditengah-tengah umat Islam telah beredar riwayat-riwayat dan hadishadis maudhu’ (palsu) atau mendekati maudhu’ yang menghantarkan wanita ke alam kejahilan dan kemunduran dalam bidang agama dan dunia sekaligus.’ Pemikiran seperti menyekolahkan anak perempuan dianggap maksiat dan mereka dilarang sama sekali untuk ke masjid pernah satu ketika mengakar dalam prinsip masyarakat. Merendahkan kaum wanita dan menginjak-injak haknya, baik yang bersifat material mahupun moral pernah suatu ketika menjadi lumrah. Meskipun begitu, agenda ini bukanlah agenda yang baru sahaja bermula, sudah pasti bukan sudahpun terhenti kerana ia menjadi antara marker issues yang dibangkitkan oleh Barat dalam mengatur rencana dan menguasai pemikiran orang Islam kita. Sepertimana yang kita ketahui, Islam sangat berlapang dada pada perselisihan pendapat seputar isu khilaf, dalam masa sama Islam sangat menitik beratkan agar umatnya patuh dan akur pada perkara yang telahpun mutlak dan tidak ada khilaf dalamnya seperti jumlah rakaat solat, kewajipan memakai tudung dan lain-lain. Barat memahami dengan sangat mendalam prinsip Islam ini. Makanya, gerakan-gerakan dari Barat seperti Research and Development (RAND) Corporation, iaitu sebuah pertubuhan think tanker Barat yang mengumpulkan hampir 1700 orang pemikir dari 50 buah negara bagi mengatur strategi, menguasai pemikiran umat Islam seterusnya mengelirukan mereka mengenai akidah mereka sendiri. Dimana, mereka meletakkan strategi membina jaringan muslim bercirikan moderate sebagai salah satu cara terpenting bagi merealisasikan idea ini. “The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas. This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam. We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology. Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.” Antara ciri muslim moderate yang Barat rencanakan adalah merekamereka yang menghormati hak wanita dan golongan minoriti. Juga hak asasi manusia termasuklah persamaan gender dan kebebasan ketuhanan. Konsep kebebasan yang tidak benar Dalam artikel yang ditulis oleh salah seorang intern dari IRF, Muhammad Nazreen Jaafar bertarikh 20 Disember 2011 ada menyokong hujahan idea reformasi yang dibawa oleh Qasim Amin . Beliau merupakan seorang figura yang sangat aktif memperjuangkan tuntutan reformasi sosial, politik, dan pendidikan. Antara perkara yang menjadi tuntutan reformasi mereka adalah seputar isu poligami. Dalam sebuah artikel yang diulas oleh Muhammad Nazreen Jaafar ada menyebut bahawasanya : Qasim Amin menentang keras poligami atas sebab bukanlah ia didasarkan kepada hukum agama tetapi kebiasaan yang terjadi adalah penghinaan dan diskriminasi terhadap wanita. Pendapat ini tertuang di dalam buku Tahrir al Mar’ah. “Tidak terbantah, poligami merupakan bentuk penghinaan yang keras terhadap wanita, kerana anda tidak akan pernah mendapatkan perempuan yang rela melihat wanita lain ikut mencintai suaminya. Seperti hanya seorang lelaki tidak rela ada lelaki lain ikut mencintai isterinya. Cinta jenis ini- merupakan kudrat bagi perempuan seperti ia juga menjadi kudrat bagi lelaki…” Melihat kepada kenyataan diatas, dan artikel sokongan kepada tuntutan reformasi tersebut, IRF sudah terang lagi bersuluh menyokong penuh usaha penolakan berpoligami menerusi artikel ini. Pemikiran seperti ini tidak lari jauh daripada pemikiran yang dibawa oleh golongan feminisme, yang mana menjadikan perjuangan utamanya adalah menuntut hak persamaan gender antara lelaki dan perempuan. Berikut adalah antara contoh tulisan presiden IRF sendiri iaitu, Dr Farouk Musa, seputar isu persamaan gender dan menolak poligami dalam kehidupan berumah tangga. Dengan dasar fitrah juga, setiap wanita harus dihormati. Kerana itu, monogami adalah undang-undang perkahwinan yang asas. Dan poligami harus dilarang berteraskan kepentingan awam (maslahah mursalah). Pendapat Abduh tentang hukum poligami berkait rapat dengan pandangannya tentang kedudukan wanita dalam Islam. Beliau percaya bahawa tidak ada yang melayakkan Islam untuk diangkat sebagai agama dunia yang moden selain daripada pengiktirafannya yang tinggi terhadap wanita. Dalam semua aspek yang penting, wanita adalah sama taraf dan kedudukan dengan lelaki. Dalam menegaskan kenyataan ini, ‘Abduh memetik ayat berikut: “Aku tidak akan melupakan usaha setiap seorang daripada kamu yang berjuang [di jalanKu], baik lelaki atau wanita: setiap kamu adalah pendukung terhadap yang lain…[3:195]. Beliau menafsirkan ayat ini dengan makna bahawa lelaki dan wanita adalah setanding antara satu sama lain di hadapan Tuhan. Pentafsiran yang sama juga dikemukakan oleh Muhammad Asad dalam komentarnya terhadap ayat tersebut. Poligami merupakan rukhsah Memang benar jika kita telusuri satu persatu masalah masyarakat kita yang rata-ratanya terhimpit dengan masalah rumah tangga, antara sebab utamanya adalah kerana kewujudan orang ketiga. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malayisa (JAKIM) mencatatkan kes perceraian berlaku sebanyak tiga kali setiap jam. Sikap dan masalah yang dihadapi oleh pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga adalah apabila mereka tidak memahami atau mengetahui falsafah sebenar perkahwinan. Akhlak inilah yang menjadi fitnah buat Islam. Bukan salah Islam yang mensyariatkan poligami atas syarat yang sangat ketat. Dalam sebuah buku yang ditulis oleh pakar Fiqh dan Usul al-Fiqh Malaysia, Prof. Datuk Paduka Mahmood Zuhdi Abdul Majid bertajuk ‘Kursus Perkahwinan dan Undang Undang Keluarga Islam’, ada mencatatkan bahawa: 1) Berkahwin satu adalah lebih utama berbanding poligami. Sementara itu poligami lebih utama daripada menikahi anak yatim dibawah umur. Pentafsiran ini disokong oleh jumhur ulama berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW, amalan para sahabat dan latar belakang sejarah. 2) Poligami diharuskan atas dasar syarat-syarat tertentu . Ia terbukti pada sepanjang sejarah perkembangan Islam. Bukan sepertimana yang ditentang keras oleh orang berkepentingan seperti Dr Farouk Musa sendiri. 3) Poligami bukanlah amalan afdhal (utama) dan digalakkan. 4) Dalam undang-undang keluarga Islam Malaysia, amalan berpoligami dilarang kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah. 5) Terdapat ramai ulama dan cerdik pandai Islam yang bersetuju dengan sekatan undang-undang (mengetatkan syarat poligami). Bagi mereka, apa yang ditegaskan oleh al-Quran, hanyalah untuk berlaku adil daripada segi keperluan fizikal dan material sahaja, sedangkan soal sejauh mana perlu ataupun tidak poligami itu dilakukan tidak berbangkit langsung (di dalam al-Quran). 6) Amalan berpoligami yang berlaku dalam masyarakat sekarang agak berbeza dengan pendangan murni Islam kerana: (i) Berlaku dalam kalangan orang yang kurang dihormati. Akibatnya, poligami menjadi dorongan gejala seks mewah. Sekali gus memberi pengertian buruk kepada pengertian poligami itu sendiri. (ii) Golongan terhormat yang mengamalkan poligami secara tidak terhormat. Contohnya, menyembunyikan hal itu daripada isteri pertama dan masyarakat umum. Akibatnya masyarakat memandang serong kepada perkahwinan itu kerana menyangka perkara tidak baik telah berlaku. Kesannya, amalan itu mencemarkan poligami. 7) Hidup berpoligami tidak semudah yang disangka. Suami perlu bijak melayan isteri-isterinya dengan adil. Sekiranya suami tidak berlaku adil terhadap para isteri, suami akan menanggung segala dosa dan azab sengsara atas segala perbuatannya di akhirat nanti. Berkenaan denga artikel tulisan Dr. Farouk Musa ini, terdapat beberapa kekeliruan yang cuba dibangkitkan. Apatah lagi apabila beliau tidak bijak menafsir ayat al-Quran, dan berhujah mengikut fikiran beliau sendiri. Rujuk: 1) Dalil umum ‘aku tidak akan mensia-siakan amalan orang yang beramal di kalangan kamu samada lelaki atau perempuan…’. disimpulkan oleh mereka bahawa Allah memuliakan wanita dan lelaki secara sama rata. Maka poligami adalah penghinaan terhadap wanita. Hujah balas: Poligami thabit di dalam al–Quran dan Hadis dengan dalil khusus. Apabila wujudnya dalil khusus, ia mengkhususkan dalil umum. Dalil umum tidak lagi terpakai di situ. Dimana, hujah yang digunakan oleh Dr. Farouk Musa berkenaan dengan lelaki dan wanita, dua-duanya dimuliakan dan setaraf makanya poligami tidak adil jika dilakukan kerana lelaki berhak bernikah lebih satu adalah tidak terpakai. Ini disebabkan kerana poligami telahpun tersebut dalam alQuran secara jelas dan khusus. Kaedah usul fiqh mengajar kita apabila bertembungnya dalil yang khusus dan umum, maka dalil khusus akan dipakai. 2) Pandangan beliau bahawa Imam Muhammad Abduh berpandangan bahawa poligami hanya dibenarkan dalam keadaan dharurat quswa (dharurat yang melampau). Hujah balas: Tentang dharurat quswa, itu berlawanan sama sekali dengan amalan Nabi dan para sahabat. Tidak kelihatan dalam seerah bahawa mereka berkahwin dalam keadaan yang cukup memaksa. Kebanyakan berlaku dengan ikhtiar (pilihan yang merdeka). 3) Poligami harus dilarang atas kemaslahatan umum diatasnamakan masoleh mursalah. Hujah balas: Maslahah tidak akan sama sekali mendahului nas. Bila ada nas yang mengiktiraf maslahah poligami, tidak ada lagi apa yang dinamakan masoleh mursalah. Strategi Orientalis: Poligami sebagai syiar dalam Islam Para wanita seluruh dunia, dilaporkan mempunyai pandangan yang cukup serong kepada Islam. Bahkan mereka-mereka yang gagal memahami secara baik akan keharusan poligami ini memandang Islam sebagai salah satu agama yang sangat-sanagat ditakuti kerana menyebabkan dan membuka peluang buat para suami berkahwin lebih dari satu. Namun begitu, salahlah bagi mereka yang hanya memandang sisi buruk poligami seterusnya mengharamkan ia secara total, berbanding cuba mengkaji hikmah keharusannya dimana.

Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanah air Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku kepada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan berkenaan keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur berkenaan keburukan zina yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini.”(hal 31, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir). Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi, “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat, ia adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: “Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ia tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan sudah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan alSunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ia tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah SAW, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) ” (Sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka.” (Surah al-`Araf :157). Al-Qaradawi menyambung, “Inilah apa yang diraikan oleh syariat Islam dalam persoalan poligami, ia menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudiannya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat, bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya), “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka (nikahlah) hanya seorang isteri. (hal. 133-134). Ia tidak lain tidak bukan adalah kerana strategi Barat dalam mempopularkan isu ini hingga dipandang sebagai salah satu daripada syiar-syiar Islam. Muslim yang celik dan bijak, akan menjadikan alQuran dan sunnah sebagai penunjuk jalan kehidupannya yang paling utama. Apatah lagi pada zaman mencabar ini, yang mana serangan pemikiran berlaku dimana-dimana, sangatlah penting bagi semua umat Islam mempunyai jati diri dan bijak memilih sumber terpilih yang berhujah dengan iman, bukan dengan hawa nafsunya sendiri. Wallahua’lam.

WordPress.com

amalinaazman

Blog at WordPress.com.

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.