ANEKA KUIH-MUIH - My Page - blogger [PDF]

May 18, 2011 - Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sed

8 downloads 16 Views 2MB Size

Recommend Stories


Redirecting - blogger [PDF]
You're about to be redirected. The blog that used to be here is now at http://www.dielucha.ga/2011/01/makalah-konsep-kebidanan.html. Do you wish to be redirected? This blog is not hosted by Blogger and has not been checked for spam, viruses and other

strategy.life - blogger [PDF]
Jan 15, 2011 - FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDAPATAN PETANI LAHAN SAWAH DI DAERAH KEC. SEDAYU KAB. BANTUL – 95. 7. ..... Analisis Perilaku Kepemimpinan Yang Efektif Dalam Usaha Kecil (Studi Kasus Pada Perusahaan Perorangan Prima Indah Di Harmo

vestibularbio.com - blogger [PDF]
1-(FUVEST-2010)A Gripe A, causada pelo vírus Influenza A (H1N1), tem sido relacionada com a Gripe Espanhola, pandemia ocorrida entre 1918 e 1919. ..... a) A maior probabilidade de ocorrência de distúrbios genéticos em filhos ou filhas da união d

Yayasan Aneka
Don't be satisfied with stories, how things have gone with others. Unfold your own myth. Rumi

Kitab Fafirru Ilallah Pdf Download - My front page - SimpleSite.com [PDF]
Mar 31, 2017 - Untuk,itu,dirasa,perlu,bagi,setiap,dai,untuk,memahami,fiqh,dakwah,secara,menyeluruh,agar,dakwah,ilallah,dapat,.,Pdf.,Download,Ebook,Terjemah,Kitab,.Kiprah,dakwah,lisan,Ad-Dai,ilallah,Al-Musnid,Al-Muhaddits,Al,.,Husein,Al-Habsyi,PDF,900

Download my CV (2 page)
If you want to become full, let yourself be empty. Lao Tzu

Android and Aneka Integration
Before you speak, let your words pass through three gates: Is it true? Is it necessary? Is it kind?

Blogger om psykisk helse
Almost everything will work again if you unplug it for a few minutes, including you. Anne Lamott

unitedstate | my radical judgement by roysianipar | Page 2 [PDF]
Kepemimpinan pemuda Muslim Maluku diambilalih oleh Ongen Sangaji, seorang preman Maluku Muslim yang juga anggota Pemuda Pancasila. .... Di luar struktur Coker, Agus Wattimena mendirikan Lasykar Kristus, khusus dibentuk untuk berperang melawan kelompo

unitedstate | my radical judgement by roysianipar | Page 2 [PDF]
Kepemimpinan pemuda Muslim Maluku diambilalih oleh Ongen Sangaji, seorang preman Maluku Muslim yang juga anggota Pemuda Pancasila. .... Di luar struktur Coker, Agus Wattimena mendirikan Lasykar Kristus, khusus dibentuk untuk berperang melawan kelompo

Idea Transcript


More Next Blog»

Create Blog Sign In

ª

Cuteki valentines eCards

Cuteki clock widgets

Apam Balik Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

½ camca kecil baking powder

½ cawan gula

1 cawan kacang tanah (dimesin)-

½ camca kecil soda bikarbonat

bahan tabur

1 camca kecil pewarna kuning

1 tin jagung - bahan tabur

1 biji telur

1 cawan gula - bahan tabur

1 ½ cawan air

Sedikit mentega

Syuhada Mohd Nor

Cara: Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk

Create your badge

dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan. SYU H A D A MO H D NO R

Apam Kukus

Bahan-Bahan: 3 biji telur

¾ cawan air suam

1 ½ cawan gula

1 camca besar baking powder

2 cawan tepung gandum Cara: Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking

VIEW MY C O MPLET E PR O F ILE

powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.

Apam Seri Ayu

Bahan-Bahan: 3 biji telur

2 cawan tepung gandum

½ cawan santan atau susu

1 cawan gula

½ camca kecil soda bikarbonat

½ camca kecil ovallete (jika ada)

¼ cawan susu

1 cawan kelapa parut

Sedikit garam

Garam secukup rasa

Sedikit tepung Cara: Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi.

This blog is ONLY for those people who likes to read stories of my everyday life, love stories, fun facts and photos. you can follow this blog if u find it interesting. Saya TIDAK akan mengHALALkan sebarang gambar yang di ambil ataw di CURI dalam mana-mana entri yg terdapat dalam blog saya ini tanpa meminta izin daripada saya dulu. TQ ^^

Kukus hingga masak selama 15 minit.

t Buah Melaka Special



Bahan-Bahan:



tepung pulut

1 ketul ubi keledek bersiaz kecil

air pandan

gula kabung/melaka dipotong

sedikit garam

kecil

sedikit air kapur

kelapa parut (putih)

t

Cara: 1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam. 2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung. 3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab. 4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda. 5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat. 6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Tambahan: 1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa. 2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya

Masalodeh Rangup

Bahan-Bahan: 1 kg kacang dal

Bahan A :Kacang dal direndam

15 tangkai cili kering

semalaman.

10 ulas bawang merah

Toskan kan . Kisarkan hingga

2 ulas bawang puteh

hancur.

1 cm halia sedikit jintan puteh

Bahan B : Cili kering, 2 ulas

sedikit belacan

bawang puteh & 2 ulas bawang

Sedikit air

merah, halia,jintan puteh dan

sedikit garam

belacan dikisar dengan sidikit

sedikit serbuk perasa ajinomoto

air.masukan garam dan serbuk

Daun Kari

perasa.

Minyak untuk menggoreng Bahan C: daun kari dicincang halus, mayang bawang merah Cara: Masukan bahan A kedalam bekas adunan, kemudian masukan bahan B. Gaulkan hingga sebati .Masukkan daun kari yang dipotong nipis-nipis & bawang yang dimayang tadi kedalam adunan tadi. gaulkan sehingga sebati. kemudian kepalkan samada bulat atau leper bergantung kepada anda. Gorengkan hingga naik warna kuning. Toskan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba..... Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 4-5 orang Tambahan: Sesuai dimakan masa minum petang bersama dengan minuman panas & sejuk

Muffin Pisang

Bahan-Bahan: 2 cawan tepung

1 sudu kecil baking powder

¾ gula castor

1 sudu kecil bicarbonat soda

1 cawan butter (yg sudah

½ sude kecil garam

dicairkan)

½ sudu kecil serbuk cinnamon

4 biji pisang (yg sudah masak) 1 biji telur besar Cara: ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon. Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter. Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit. Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas. Hmm..yummy..

Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan: 3 gelas gula pasir

3 camca brsar susu tepung (

3 biji telur

dibancuh bersama air dan jadikan

4 gelas tepung gandum

1 gelas) 3 camca kecil soda bikarbonat

Cara: Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki



gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

Apam Pisang

Bahan-Bahan: 4 biji telur

1 camca kecil soda bikarbonat

1 cawan gula

1 camca kecil baking powder

6 biji pisang

Secubit garam

2 cawan tepung gandum Cara: Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan: 600 gm tepung beras

pewarna merah

yis secukupnya

1 biji kelapa

air sejuk

acuan apam

2 cawan gula pasir Cara: Gula pasir dilarutkan dan disejukkan. Bancuh tepung beras dan yis. Sebahagian adunan dimasukkan sedikit pewarna merah. Bubuh dalam acuan-acuan apam tadi dan kukuslan sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Donat (I)

Bahan-Bahan: 1000 g tepung gandum

180 g (1 cawan) marjerin

11 g (sebungkus) Yis Segera

60 g (6 camca besar) gula pasir

Mauripan

halus

340 g (1 ½ cawan) air

10 g (1 camca besar) garam

60 g (2/3 cawan) teung susu penuh

14 g (1 camca besar) serbuk penaik

Waktu Solat Malaysia

N. Sembilan Zon 1 Jempol, Tampin Imsak

:

05:55

Subuh

:

06:05

Syuruk

:

07:25

Zohor

:

13:26

Asar

:

16:48

Magrib

:

19:26

Isya

:

20:37

03-Feb-2018

17 JamadilAwwal, 1439 Pilihan Pengguna

krim

kod waktu solat

100 g (2 biji) telur Cara: Gaul tepung dan yis segera Mauripan dan larutkan gula di dalam air. Gaul semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin. Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga dua kali ganda saiz asal. Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm. Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuah dulang yang ditaburkan sedikit tepung. Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama kira-kira 30-40 minit. Goreng kepingan adunan tadi di dalam miyak pada suhu 170C-180C (350F-370F) sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan. Seliputi donat segera dengan gula aising sebelum dihidangkan.

Cuteki love eCards

Karipap Ayam

Bahan-Bahan: ½ kg tepung gandum

2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu

1 sudu besar lemak sayuran

Sedikit kayu manis

5 biji ubi kentang

Sedikit halia

1 peket rempah kari daging

Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

5 ulas bawang merah

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide Country: Go

Select a country

2 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari Cara: Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai. Untuk membuat intinya: Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering. Sedia utk membuat karipap. Tambahan: Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap. Mentega juga poleh digunakan.

Lapis Batik

Bahan-Bahan: 500 gm tepung ubi

1 sudu kecil garam

150 gm tepung gandum

1 sudu kecil Coconut Pandan

400 gm gula pasir

Pewarna hijau, kuning dan lain-

8 cawan santan

lain

Cara: Campurkan hingga rata semua bahan di atas kecuali pewarna. Kemudian adunan tersebut ditapis. Sementara itu panaskan kukusan. Kemudian tuangkan 4 cawan adunan ke dalam loyang dan renjiskan pewarna-pewarna pilihan mengikut kesukaan. Ulangi sehingga 3 lapis. Bila selesai kukus hingga masak. *terlebih dulu loyang hendaklah disapukan minyak agar tidak melekat

Roti Jala

Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum

1 sudu marjerin

2 biji telor ayam

Sedikit garam

1 tin susu cair Carnation

Setitik pewarna kuning

Cara: Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

Tepung Pelita

Bahan-Bahan: 1 bungkus tepung beras

½ cawan jus pandan

1 cawan gula halus

Garam secukup rasa

2 ½ cawan santan pekat

Daun pisang (potong empat segi)

Free Blogger Templates

5 cawan air panas Cara: Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak.

Abok-abok Sagu

Bahan-Bahan: 1 kg kelapa parut

Gula melaka secukupnya

(sudah dikupas kulitnya)

daun pisang(dilayur)

500g sagu biji

Lidi secukupnya

2 tsp rata garam halus Cara: 1 Basuh sagu biji.Tapis dab biarkan 30 minit. 2 Basuh sagu biji sekali lagi.Biarkan di tapisan selama 30 minit lagi. 3 Gaul sagu biji dengan kelapa parut dan garam halus. 4 Letakkan satu sudu makan campuran sagu biji-kelapa ke atas daun pisang. Tabur gula melaka yang telah diracik. Tutup dengan satu atau dua sudu makan campuran sagu biji-kelapa parut. 5 Semat daun pisang dengan lidi. 6 Kukus hingga naik wap(20 minit)atau sehingga daun pisangnya layu. Tambahan: Sagu biji usah direndam, hanya setakat dibasuh sahaja untuk kedua-dua kalinya.

Abuk-Abuk Pisang

Daily Horoscopes

Bahan-Bahan:

Aries

Libra

3/21-4/19

9/23-10/22

Taurus

Scorpio

Daun pisang secukupnya (yang

4/20-5/20

10/23-11/21

telah dilayur)

Gemini

Sagittarius

5/21-6/21

11/22-12/21

Cancer

Capricorn

6/22-7/22

12/22-1/19

Perah kelapa dan ambil santan pekat secukupnya. Buang kulit pisang

Leo

Aquarius

dan belah dua. Basuh sagu biji mata dengan air dan toskan. Bancuh

7/23-8/22

1/20-2/18

santan dengan sedikit garam, setelah itu jerangkan ke atas api.

Virgo

Pisces

8/23-9/22

2/19-3/20

10 biji pisang masam

Sedikit pewarna merah atau jus

1 cawan sagu biji mata ikan

pandan

1 biji kelapa parut (ukuran kecil)Secubit garam Cara:

Masukkan sedikit pewarna merah. Kemudian kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuku. Bila telah mendidih, masukkan sagu biji dan kacau hingga pekat. Kemudian angkat. Ambil dua belah pisang dan letak di atas sehelai daun pisang. Curahkan sedikit sagu kacau tadi dan bungkus kemas-kemas. Buat begini hingga selesai. Setelah itu, bolehlah dikukus hingga masak.

Akak Berlauk

Bahan-Bahan: 10 biji telur ayam

2 sudu besar rempah kermuk

10 sudu gula

8 ulas bawang merah

300 gm tepung gandum

5 ulas bawang putih 1 inci halia

Bahan untuk inti:

Garam dan gula secukup rasa

500 gm daging lembu 500 gm bawang besar Cara: Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata. Cara membuat inti: Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.

Akok

Bahan-Bahan: 8 biji telur itik

6 kuntum bunga cengkih

2 biji telur ayam

2 helai daun pandan

1 kg gula melaka

1 ½ biji kelapa

2 cawan tepung gandum Cara: Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.

Anika Muffin

Bahan-Bahan: 400 gm tepung gandum

30 gm serbuk penaik

350 ml minyak jagung

20 gm tepung jagung

(minyak masak pun boleh)

20 gm susu tepung

200 ml air suam

3 biji telur

250 gm gula pasir

Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent

Cara: Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel. Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan. Cadangan Hidangan: Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing. Tambahan: Juadah ini sangat mudah di sediakan dan sedap rasanya tak perlu menggunakan mesin pemutar kek.

Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan: 5 biji telor ayam

2 cawan tepung gandum (diayak)

1 cawan gula pasir

½ cawan gula pasir (dibuat gula

¾ cawan susu pekat manis

hangus) ½ cawan air (dimasukkan dalam gula hangus)

Cara: Pukul telor bersama gula hingga kembang masukkan susu pekat manis dan pukul lagi kemudian masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan dikacau sebati. Tuangkan adunan dalam bekas untuk dikukus selama 40 minit. Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh juga dikukus dalam acuan kecil-kecil. Tambahan: Sekiranya terasa manis kurangkan sedikit gula.

Apam Gula Merah

Bahan-Bahan: 500 gm tepung gandum

½ cawan gula pasir

Sebesar ibu jari yis basah

4 cawan air

½ cawan gula merah, dimasak dan tapis Cara: Bancuh yis bersama air hingga yis hancur. Masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sebati. Masukkan tepung dan kacau rata supaya tepung tidak berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air. Tutup bekas dan biar selama sejam. Adunan akan naik tiga kali ganda. Sapu acuan dengan minyak dan panaskan di dalam kukusan. Tuang adunan dan kukus hingga masak. Sedap dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

Apam Halus Gebu

Bahan-Bahan: 3 cawan tepung gandum

1 sudu besar Quick 75

1 cawan gula kastor

1 sudu teh esen ros

1 cawan aiskrim soda

Sedikit pewarna merah

3 biji telur gred B

Mangkuk kertas secukupnya

Cara: Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai. Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

Apam Jagung Kukus

Bahan-Bahan: Bahan A

Bahan B

½ tin jagung manis dalam tin 1 cawan gula

3 cawan tepung gandum

6 biji telur

1 sudu teh baking powder.

1 cawan majerin 1 sudu teh bikarbonat sedikit air Cara: 1. Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar. 2. selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati. 3. Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit. Cadangan Hidangan: jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai.

Apam Madu

Bahan-Bahan: 1 cawan gula

1 sudu kecil bikarbonat soda

2 cawan tepung

1 sudu kecil baking powder

4 biji telur

1 cawan air

½ cawan minyak mazola

½ sudu kecil esen vanila ½ cawan koko

Cara: 1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak Cadangan Hidangan: jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat Tambahan: serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit

Apam Siam

Bahan-Bahan: 3 biji telur 1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda) 3 cawan tepung gandum 1½ cawan gula Pewarna (ikut suka) Cara: Cara membuatnya:1) Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 2) Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. 3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 4) Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit. · Cadangan Hidangan: Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. · Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil. · Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.

Apam Susu

Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum 1 cawan air 4 sudu susu pekat manis (ikut manis yang dikehendaki) 1 biji telur garam secukup rasa mentega untuk menggoreng Cara: Gaulkan tepung gandum bersama air sehingga sebati. Pastikan tepung cair ala-ala tepung tosei. Masukkan telur, susu dan garam. Gaul hingga sebati. Panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega. Goreng dengan menuang sedikit adunan ke dalam kuali dan leperkan dengan menggunakan senduk seperti ala-ala tosei jugak. Cadangan Hidangan: Sedap di makan semasa masih panas atau sejuk.

Apam Tepung Beras

Bahan-Bahan: 1 cawan tapai nasi

satu sudu teh mauripan

1 cawan gula pasir

satu sudu teh serbuk Eno

4 cawan air

secubit garam

500 gram tepung beras

Kelapa parut

Cara: Masukkan tapai nasi, gula ke dalam pengisar makanan. Tambahkan air sedikit sedikit selang dengan tepung beras sehingga habis. Campurkan serbuk mauripan. Letakkan adunan dalam bekas plastik yang kedap udara dan perap selama 4 jam atau lebih. Adunan akan naik/mengembang menjadi 2 kali ganda. Setelah adunan mengembang, kukus air untuk mengukus adunan. Tambahkan serbuk Eno dan garam, kacau perlahan-lahan. Tambah pewarna jika mahu. Anda boleh mengukus menggunakan loyang atau acuan kecil yang boleh di dapati di pasaran. Jangan lupa palitkan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat di acuan. Sekiranya anda menggunakan loyang, kukus selama 45 minit dan sekiranya menggunakan acuan mangkuk kecil, 15 minit sahaja. Kelapa parut dikukus selama 10 minit. Setelah sejuk, gaulkan dengan garam kemudian taburkan ke atas apam tadi.

Asam Gumpal

Bahan-Bahan: 250 gm biji sago

Kuah:

2 liter air

1 liter santan

5 gm garam halus

60 gm gula merah 15 gm biji halba 20 gm bawang merah (dihiris) 15 gm halia (dihiris)

Cara: Rebuskan biji sago bersama-sama dengan air garam sehingga masak. Tapis dan sejukkan. Gumpalkan sago tadi sehingga menjadi padat. Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya. Masukkan santan, gula merah dan biji halba. Didihkan sehingga menjadi pekat. Cadangan Hidangan: Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama-sama dengan buahbuahan campuran

Badak Berendam

Bahan-Bahan: 1 bungkus tepung pulut

2 cawan gula merah

15 helai daun pandan, diambil

Secukup air

airnya

Sedikit garam

2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat Cara: Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya. Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

Bahulu Tradisi Melayu

Bahan-Bahan: semangkuk telur ayam (sederhana

Goreng tepung sampai

besar)

masak.Tanda masak tepung tidak

semangkuk gula pasir

melekat pada kuali dan berwarna

setengah kilo tepung gandum

kekuningan. Ini agar kuih jadi

sedikit minyak masak

ringan.

acuan kuih bahulu atau kuih cara. Cara: Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan. Bakar sehingga masak. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan. Tambahan: Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman. Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.

Bauhulu

Bahan-Bahan: 10 biji telur

2 batang serai

600 gm tepung gandum ]dijemur

1 cawan minyak kacang

hingga

1 sudu teh serbuk bicarbonate of

600 gm gula halus ]kering

soda

1 sudu teh esen vanila Cara: Telur dipukul dengan gula sehingga kembang dan gulanya hancur. Kemudian masukkan bikarbonate of soda dan esen vanila serta teruskan memukul adunan ini sehingga campuran ini kembang dan naik. Tepung digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga kering dan warnanya kekuningan, setelah itu campurkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Sapukan minyak kacang ke dalam acuan bauhulu dengan menggunakan serai dan panaskan di dalam ketuhar. Kemudian tuangkan adunan ke dalamnya dan bakarlah sehingga masak.

Belebab

Bahan-Bahan: 2 biji kelapa, ambil 2 cawan pati

4 cawan tepung beras

santan

½ cawan gula

2 cawan keledek, dipotong kecil dan rebus Cara: Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Tapis dan panaskan. Masukkan ke dalam kuali dan kacau separuh masak. Masukkan keledek dan kacau rata. Bungkus dan kukus hingga masak.

Bengkang Ani Terengganu

Bahan-Bahan: UNTUK MEMBUAT KUIH

UNTUK MEMBUAT KUAH

BEKANG

LEMAK KUIH BEKANG.

1kg tepung beras

1 biji kelapa (santan)

air 1 ½ liter

1 cawan tepung beras

4 biji telur ayam

10 ulas bawang merah (dimayang) 1 sudu halba

UNTUK MEMBUAT SAMBAL

½ inci halia (dihiris halus)

IKAN.

garam secukup rasa

1kg ikan kembung@selayang 1 biji kelapa parut

UNTUK KUAH MANIS.

300g bawang merah

1 cawan tepung beras

2 inci halia

4 keping gula melaka(kecil) 2 cawan air

Cara: cara - cara membuat kuih bekang. tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu.

cara memasak sambal ikan. ikan direbus dan ambil isi sahaja. kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding. cara membuat kuahlemak. bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. masukkan garam secukup rasa. cara - cara membuat kuah manis. tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat. Cadangan Hidangan: SESUAI DIMAKAN PADA WAKTU SARAPAN DAN MINUM PETANG.HIDANGAN INI SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA. Tambahan: RESIPI INI ADALAH MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU ZAMAN BERZAMAN.SEKARANG SUKAR UNTUK KITA DAPATI DIMANA-MANA GERAI MAKAN

Bengkang Kelapa Muda

Bahan-Bahan: 4 biji kelapa muda

2 ¾ cawan air

1 cawan tepong beras

secubit garam

2 biji telor

1 cawan gula

Cara: Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa.

Bepang Coklat Milo

Bahan-Bahan: ½kilo biskut marrie ½kilo kacang tanah 1 peket kecil serbuk milo 1 tin kecil susu pekat 1 tin kecil planta Cara: 1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. 2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4. 3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan. 4. Panaskan kuali dan cairkan planta. Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati. 5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api. 6. Masukkan pecahan biskut marrie. 7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata. 8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan. 9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan. 10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang. 11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula. Cadangan Hidangan: Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan.

Bingka Cempedak

Bahan-Bahan: 2 cawan isi cempedak (dikisar

2 cawan santan pekat

halus)

4 camca besar marjerin cair

3 biji kuning telur

Sedikit garam

500 gm tepung gandum 2 cawan gula pasir Cara: Pukul telur dengan gula sehingga hancur. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur sambil digaul sehingga sebati. Masukkan marjerin, santan, garam dan isi cempedak. Kacau lagi hingga rata dan sebati. Sediakan sebuah acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakarlah hingga masak.

Bingka Kelapa Muda

Bahan-Bahan: ¾ cawan tepung beras

¼ cawan tepung gandum

3 cawan air kelapa

2 cawan isi kelapa muda

secubit garam

¾ cawan gula pasir

1 biji telor Cara: Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan. Cadangan Hidangan: Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang. Tambahan: Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api.

Cucur Badak

Bahan-Bahan: 600 gm keledek

10 biji cili kering

2 cawan tepung gandum

½ sudu teh ketumbar

minyak secukupnya

¼ sudu teh jintan manis ¼ sudu teh jintan putih

Bahan inti:

¼ sudu teh kunyit

½ biji kelapa parut

minyak masak

3 sudu besar udang

garam

8 ulas bawang merah

2 cawan air

3 batang serai Cara: Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Karipap

Bahan-Bahan: Bahan-bahan untuk doh:

Bahan-bahan untuk inti:

½ kg tepung gandum

4-5 biji ubi kentang (dipotong

1 sudu besar minyak masak (yang

dadu)

telah dipanaskan)

Ayam/Daging (dipotong

Air garam (suam)

dadu/dicincang halus) Bahan A: 5 tangkai cili kering (dikisar) 1-2 sudu besar jintan manis (dikisar) 1-2 sudu besar lada hitam (dikisar) 2 kuntum lawang (dikisar) 5 kuntun bunga cengkih (dikisar) 1-2 inci halia (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) Garam,gula dan MSG secukup rasa

Cara: Untuk membuat doh: Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan. Untuk membuat inti: Kisar semua bahan-bahan A Panaskan minyak di dalam kuali,tumis bahan yang telah dikisar Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari. Masak sehingga kering Cadangan Hidangan: Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana) Tambahan: Sewaktu membuat doh,minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin. Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup.

Karipap Daging

Bahan-Bahan: Bahan Inti :

Doh Karipap :

1 kg kentang - dipotong dadu

1 kg tepung gandum - diayak

600 gm bawang besar - dipotong

1 sd besar garam

dadu

¾ buku (188gm) lepa susu

800 gm daging lembu - dipotong

`Farmcows'

dadu kecil

2 biji telur 1 cawan ais

Tumbuk Lumat :

500 ml air

1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih

Minyak untuk menggoreng

1" halia

Secukup tepung untuk mencanai

1 sd besar jintan manis 1 paket serbuk kari ¾ cawan minyak 1 batang besar kulit kayu manis 3 sd besar gula 1 sd besar garam ½ sd teh msg 700 ml air

Cara: Inti : Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan. Doh : Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam. Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

Cadangan Hidangan: Untuk minum petang dan berbuka puasa. Tambahan: Mneghasilkan lebih kurang 100 keping karipap saiz sederhana. Campuran lemak susu dan sayuran dalam Farmcows memberkan rasa yang enak dan rapuh pada doh karipap. Boleh juga digunakan marjerin, crisco, vanaspathi atau minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Penggunaan ais dan lemak yang dicairkan memberikan tekstur doh karipap yang rangup dan gebu bila dimakan. Doh karipap boleh dibekukan dan biarkan pada suhu bilik (thaw) sebelum digunakan semula. Gunakan plastik untuk membungkus setiap bahagian doh yang hendak disimpan. Inti juga boleh dibekukan, untuk rasa yang lebih enak selepas dibekukan (pembekuan mungkin memyebabkan rasa inti menjadi hambar kerana bercampur cairan seperti ais), cairkan 1 sd besar mentega dan tumis 1 sd teh serbuk kari masukkan inti dan kacau, masukkan 1 biji bawang dadu dan kacau hingga sebati. Rasalah masin dan manisnya. Gunakan kembali.

Karipap Kesuma Hati

Bahan-Bahan: Untuk inti:

Bahan untuk kulit:

1 cawan ikan tuna/udang

1 cawan tepung

1 batang carrot

2 sudu crisco(atau mana mana

3 kuntum daun kesum

vegetable shortening)

2 biji bawang kecil

Secubit garam

1 biji cili hijau

Setengah cawan air Minyak untuk menggoreng

Cara: 1. Bahan untuk inti tuna/udang, carrot, bawang, cili hijau dan daun kesum dikisar kering.Tambahkan secubit garam untuk rasa. 2. Bahan untuk kulit: Gaulkan tepung dan crisco. 3. Masukkan garam. 4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul adunan sehingga menjadi doh. 5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat. 6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah bi potong bulat. Kelipkan keliling seperti bentuk karipap. 7. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan. Cadangan Hidangan: 2-3 orang. Sesuai untuk sarapan, atau minum petang. Tambahan: Masa digunakan: 30 minit

Kastad Jagung

Bahan-Bahan: 1 cawan tepung kastad

1 biji kelapa parut

3 cawan gula pasir

Sedikit garam

1 tin jagung manis

Bahan pewarna kuning

Cara: Bancuh tepung kastad dengan santan serta gula, jerangkan ke atas api dan kacau hingga kental. Tuangkan jagung ke dalamnya kacau lagi supaya rata. Bila telah sebati angkat dan tuangkan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.

Kek Kukus Simple

Bahan-Bahan: 5-6 sudu besar tepung serba guna

3-4 sudu gula hangus

1 biji telur

(boleh juga digantikan dengan

2-3 sudu kecil gula

buah-buahan kering atau

½ sudu besar susu pekat

chocolate chips/rice mengikut citarasa)

Cara: Pukul gula dengan telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi. Masukkan tepung serba guna sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula hangus. Masukkan adunan dalam acuan atau loyang dan kukuskan selama 45 minit. Cadangan Hidangan: Sesuai untuk hidangan 2 orang. Tambahan: Sangat ringkas dan mudah. Selamat mencuba!

Ketupat Sotong

Bahan-Bahan: 1 kg Sotong (sederhana besar)

2 helai Daun pandan

250 gm pulut

½ cawan air

250 gm santan pekat 250 gm gula merah garam secukup rasa Cara: 1. Sotong yg telah dibersihkan diisikan dengan pulut dan kepala disatukan dgn badan dan dicucuk dengan lidi 2. Masak gula merah dengan air dan tapiskan. 3. Masukkan gula merah yg telah ditapis ke dalam santan pekat. 4. Masukkan sedikit garam dan daun pandan. 5. Masukkan sotong yang telah siap diisi dgn pulut kedalam bhn2 td. masak sehingga kuah kering dan sotong nampak kembong. Cadangan Hidangan: hidangan untuk 3-5 orang Tambahan: Kurangkan gula sekiranya tidak suka manis.

Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-Bahan: 1kg Sotong sederhana besar 250gram beras pulut santan seinci halia dipotong halus 5 ulas bawang merah dipotong halus sesudu kecil halba garam lidi dipotong kecil Cara: 1. beras pulut di tanak, setelah masak biarkan sejuk. 2. masukkan pulut dlm anggaran 3/4 penuh ke dlm sotong yg telah di bersihkan. Gunakan lidi utk mengemaskan hujung sotong. 3. santan dicampur dgn halba, halia, bwg merah & garam, masukkan sotong yg telah disiap ke dalam periuk. Api hendaklah kecil utk mengelakkan santan naik kepala. 4. angkat apabila sotong telah masak. Cadangan Hidangan: di makan begitu sahaja @ bersama nasi putih Tambahan: 1. kulit sotong yg berwarna ungu kemerahan hendaklah dibuang utk mengelakkan hanyir. 2. resepi dari terengganu ini tidak menggunakan gula perang @ nisan @ gula spt resepi kelantan

::TAUAFIKSYUHADA::

Related Posts : Like 319 people like this. Sign Up to see what your friends like.

IKH LAS D AR IPAD A SYU H AD A MO H D N O R PU KU L 6:12 PM

Made by albinoblacksheep.com Terms

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.