Class Of 97 - Articles - Reocities [PDF]

Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinya tidak boleh dibezakan kegiatannya.

12 downloads 34 Views 138KB Size

Recommend Stories


Journal Articles for Class discussion
Don't watch the clock, do what it does. Keep Going. Sam Levenson

97¢ 97¢ $57 97 97
We can't help everyone, but everyone can help someone. Ronald Reagan

draft pdf articles of impeachment
The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now. Chinese Proverb

97 6.5->PDF
Courage doesn't always roar. Sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying, "I will

M 97 2014.pdf
Don't fear change. The surprise is the only way to new discoveries. Be playful! Gordana Biernat

97
Be like the sun for grace and mercy. Be like the night to cover others' faults. Be like running water

97
No amount of guilt can solve the past, and no amount of anxiety can change the future. Anonymous

97
It always seems impossible until it is done. Nelson Mandela

97
Be grateful for whoever comes, because each has been sent as a guide from beyond. Rumi

97
Everything in the universe is within you. Ask all from yourself. Rumi

Idea Transcript


SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI PENDIDIKAN Mengoptimumkan Penggunaan Sumber Yang Ada Secara Berkesan Ke Arah Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

KANDUNGAN

Table of Contents Bibliography Author

Pendahuluan Definisi Sekolah Definisi Pendidikan Definisi Organisasi Definisi Organisasi Pendidikan Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara Peranan Sekolah Sumbangan komuniti kepada sekolah Sumbangan sekolah kepada komuniti Sumber Di Sekolah Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Sekolah Pengurusan Pendidikan Peranan Guru Besar Peranan Guru Kurikulum Sekolah Panitia Mata Pelajaran Gerakerja Kokurikulum Kewangan Sekolah Fizikal Sekolah Peraturan Sekolah Keceriaan Sekolah Penutup Bibliografi

Pendahuluan Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun, sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan berbagai kajian, analisis, perbincangan dan juga kritikan. Orang ramai sama ada mempunyai anak yang sedang belajar di sekolah atau tidak, terlalu peka terhadap apa yang berlaku di sekolah kerana mereka merasakan bahawa sekolah adalah organisasi yang menjadi milik mereka bersama. Justeru itu, mereka sering melahirkan rasa ketidakpuasan hati melalui media massa, dalam majlismajlis mesyuarat, seminar, dialog dan sebagainya, termasuklah juga dalam perbualan seharian. Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah guru besar menjadi bahan dan sasaran kritikan dan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa kekurangan dan kelemahan sesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan kekurangan pengurusan dan juga pentadbirannya. Dengan itu dapatlah dilihat betapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab seorang guru besar sekolah yang memainkan pelbagai peranan seperti seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola, perancang, penyelia, pengawal, penilai dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabar keupayaan dan kewibawaan guru besar. Dalam konteks negara kita hari ini cabaran tersebut menjadi lebih hebat lagi dengan wujudnya perkembangan, peluasan dan reformasi pendidikan yang agak radikal terutama dalam jangkamasa beberapa tahun kebelakangan ini. Seorang guru besar bukan sahaja lagi memikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian muridmuridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk perancangan dan tindakan yang dilakukannya. Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi guru besar sebagai seorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang baik dan kewujudan iklim organisasi yang sesuai serta kondusif dengan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan dan kemampuan guru besar. Dalam banyak hal guru besar merupakan orang yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua kegiatan yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme guru-guru dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran kepada murid-muridnya. Guru besar juga merupakan orang perantaraan utama di antara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan dan kedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan murid terhadap sekolah. Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang dapat memberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut kemampuannya, maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan guru besar itu merupakan kunci kejayaan. Sebagai organisasi pendidikan, pengurusan sekolah bukan sahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah rendah berbagai-bagai kegiatan dirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada pencapaian matlamat mendidik murid-murid supaya menjadi manusia yang sempurna, seimbang dan harmonis dari semua segi: intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial yang dicerna melalui tiga bidang asas kurikulum iaitu komunikasi, alam dan manusia dan perkembangan individu. Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama. Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan suasana iklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian matlamat pendidikan. Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan untuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang diperlukan itu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinya tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik disokong oleh pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

Definisi Sekolah Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala Universiti, Kolej, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama, yakni memberi pendidikan (mengajar dan belajar).

Definisi Pendidikan Pendidikan yang dimaksudkan ialah satu perubahan tingkahlaku individu setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan itu sendiri merangkumi proses P&P tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem kegiatan yang ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru. Untuk mencapai tujuan itu, guru perlulah mempunyai pandangan yang jelas terhadap perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru, iaitu dari segi pengetahuan dan kefahaman yang guru mahu pelajar dapat gunakan serta perubahan dalam sikap mereka. Pembelajaran pula adalah satu proses yang membawa kepada berlakunya perubahan dan perlakuan dalam diri seseorang individu hasil daripada pengalaman-pengalaman baru yang diperolehi atau dialaminya. Perubahan perlakuan pertuturan (verbal behaviour) seseorang individu itu adalah menjadi perhatian utama kerana daripada penulisan dan pertuturannya dapat dipastikan sama ada telah berlaku perubahan perlakuan seseorang itu.

Definisi Organisasi Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagianbahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut.

Definisi Organisasi Pendidikan Organisasi pendidikan membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah sekolah diserahkan kepada Guru Besar dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas mengajar dipikul oleh guru-guru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponenkomponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan.

Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pendidikan membuat dasar pendidikan dengan diterajui oleh Menteri Pendidikan. Dasar-dasar yang digubal itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar pendidikan tersebut. Dalam keempatempat peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana murid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Peranan Sekolah Sekolah berperanan menyusun gerakan pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah, sehinggalah pontensi itu dapat membina kemampuan kendiri (boleh berdikari) untuk terus subur dan berkembang. Di samping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana persekitaran sehingga insan yang dilahirkan (dari kesan pendidikan) itu akan sentiasa berusaha membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan masingmasing.

Antara peranan sekolah sebagai organisasi pendidikan ialah: sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang kompetan dan berilmu menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat. menjadi katalis (pemangkin) perubahan. menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan tamadun bangsa. menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat) dan politik dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan. menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi, latihan, khidmat bimbingan dan rundingcara serta penyelidikan melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Sumbangan komuniti kepada sekolah Untuk melaksanakan peranan-peranan tersebut, sekolah juga perlu sumbangan dari komuniti yakni ibu bapa, pemimpin masyarakat, persatuan-persatuan belia dan sebagainya. Komuniti ini memberi sumbangan dalam bentuk-bentuk berikut: Pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di rumah Kaunseling dan kerjaya Bidang-bidang kokurikulum Kewangan, kebendaan dan tenaga Pengurusan organisasi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Keceriaan sekolah Latihan kemahiran teknik dan vokasional Pendidikan dan pembangunan

Sumbangan sekolah kepada komuniti Setelah proses pendidikan itu terlaksana, komuniti tadi mendapat ganjaran daripada kesan pendidikan dari segi: Mewujudkan pendidikan pra sekolah Menjalankan program pendidikan lanjutan Memberi khidmat kemasyarakatan Menjadi pusat aktiviti sosial Memberi latihan dan kepimpinan organisasi Menjadi pusat rekreasi Mengadakan pendidikan keluarga Memberi latihan teknik dan vokasional

Sumber Di Sekolah Sebagai sebuah organisasi pendidikan sudah tentu sekolah mempunyai sumber atau tenaga untuk menjalankan peranan-peranan di atas. Pengurusan sekolah memainkan peranan penting kepada asas organisasi tersebut. Selain dari pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, gerakerja kokurikulum, panitia mata pelajaran, pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber yang menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur seperti bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Sekolah Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini perlulah seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang ditetapkan itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada perkembangan murid secara menyeluruh bukan hanya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja. Kejayaan atau kegagalan mencapai hasrat dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sekolah bergantung kuat kepada peranan guru besar sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung dalam falsafah dan matlamat pendidikan sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program pendidikan sekolah yang akan tercapai setelah ianya terlaksana dalam satu jangkamasa tertentu.

Pengurusan Pendidikan Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah: memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR. membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu: Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajarpelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teoriteori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Kurikulum Sekolah Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktivitiaktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturanperaturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani muridmurid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah. Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah: memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas. memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut. memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar. menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan. mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru. merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan. membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas. membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi. merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa.

Gerakerja Kokurikulum Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk: menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid. memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid. mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah. membina dan meningkatkan disiplin murid-murid. membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Kewangan Sekolah Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah. Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya.

Fizikal Sekolah Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan. Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar. Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan. Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif umum pendidikan jasmani ialah: memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi. menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif. menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik. mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam persekitaran. mencapai taraf disiplin diri yang tinggi. merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di dalam dan di luar sekolah. menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai perserta atau penonton.

Peraturan Sekolah Di antara ciri-ciri organisasi yang baik ialah mengadakan peraturan. Peraturan dalam organisasi pendidikan ditujukan kepada semua ahli yang ada dalam sekolah iaitu guru besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, kakitangan bukan guru dan juga kepada murid-murid. Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan itu menjadikan organisasi itu berdisiplin. Disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat . Disiplin ke atas murid akan menjadikan murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat sekolah yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan. Terdapat murid-murid yang tidak mematuhi atau melanggar peraturan. Murid-murid ini dikenalpasti sebagai murid bermasalah. Dalam menangani masalah murid-murid, guru-guru tertentu ditugaskan mengendali atau menyelesaikan masalah yang ditimbulkan itu. Di antara bidang-bidang yang dikenalpasti dikendalikan oleh guru-guru tertentu seperti berikut: Guru

Bidang

Guru Tingkatan/Kelas

Yuran, buku teks, pakaian sekolah, masalah belajar, disiplin kelas, kehadiran

Guru Bertugas Harian

Kecemasan, kemalangan, sakit, kecurian, kejadian harian.

Guru Disiplin/ Pengawas

Keselamatan, gangguan pelajar lain, pergaduhan, kecurian, peras ugut, berjudi dan hal-hal lain yang melanggar peraturan sekolah.

Guru Asrama/ Warden

Hal-hal yang berkaitan dengan masalah di asrama

Penolong Kanan HEM/ Guru Kebajikan

Biasiswa, bantuan kewangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.

Penolong Kanan Kokurikulum

Hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, sukan dan permainan.

Guru Bimbingan & Kaunseling

Masalah pelajaran dan pembelajaran, masalah emosi, keluarga, kerjaya dan masalah hubungan dengan individu-individu lain.

Guru Agama

Hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, moral dan hukum agama.

Guru Besar, Penyelia Petang, Penolong Kanan

Semua hal di atas.

Keceriaan Sekolah Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid. Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Muridmurid yang didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan sekolah ialah: Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran. Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah. Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usahausaha keselamatan, kebersihan dan keindahan. Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-sekolah, Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan tamantaman yang bermotifkan pembelajaran. Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan. Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-paya dan anak-anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokokpokok hutan paya yang lain. Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran minda, rumah tradisional, mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium.

Penutup Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada pembaziran. Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya menghasilkan peratus keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan seluruhnya sumber yang diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru tersebut bahawa setiap tahun beliau akan memperolehi kejayaan yang sama. Begitu juga Pusat Sumber Sekolah. PSS ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di dalam masyarakat sekolah itu. Jika dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu, sama ada dari kalangan guru atau murid tidak pernah menghampiri PSS. Hal ini bukanlah aneh kerana sememangnya pendekatan dan tarikan yang terdapat di PSS itu sendiri tidak memberansangkan. Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini. Guru Besar juga tidak kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang cetek dalam sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat keputusan yang segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan membantu Guru Besar melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan semua sumber yang tersedia dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari sumber tersebut. Wallahu a’lam.

BIBLIOGRAFI Drucker, Peter F., Eksekutif Yang Berkesan (Terjemahan Hasan Ahmad), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1984 Ibrahim Mamat, Memimpin Remaja Sekolah: Teori Dan Praktik, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1977 Nasriah Hj Maghribi, Hajah, Rumusan Kertas Kerja PKPSM ke-29, Akauntabiliti Dalam Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Kedah Darulaman, Alor Setar, 1990 Jurnal GURU, Keluaran 5, Jawatankuasa Pengelola Perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1993 Jurnal GURU, Keluaran 6, Jawatankuasa Pengelola Perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1994 Jurnal GURU, Keluaran 7, Jawatankuasa Pengelola Perayaan hari Guru Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1995 Jurnal Pendidikan Jilid 38, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1994 Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 Buku Panduan Bahasa Malaysia Sekolah Rendah dan Menengah, Bil 6, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989 Jurnal WAWASAAN Jilid 7 Bil. 3, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar, 1992 Jurnal WAWASAAN Jilid 8 Bil. 2, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar, 1993 Jurnal WAWASAAN Jilid 8 Bil. 3, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar, 1993 Sukatan Pelajaran Pusat Sumber Sekolah, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1987 Buku Panduan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah Tahap 1, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1994 Buku Panduan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah Tahap 2, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar, 1994 Panduan Am, Disiplin Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1981 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.