DR ISMAIL IBRAHIM - blogger [PDF]

Aug 18, 2010 - ... dalam bidang ilmu, teknologi, politik, etika dan akhlak, malah dalam memahami bagaimanakah agama mema

3 downloads 7 Views 426KB Size

Recommend Stories


Redirecting - blogger [PDF]
You're about to be redirected. The blog that used to be here is now at http://www.dielucha.ga/2011/01/makalah-konsep-kebidanan.html. Do you wish to be redirected? This blog is not hosted by Blogger and has not been checked for spam, viruses and other

strategy.life - blogger [PDF]
Jan 15, 2011 - FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDAPATAN PETANI LAHAN SAWAH DI DAERAH KEC. SEDAYU KAB. BANTUL – 95. 7. ..... Analisis Perilaku Kepemimpinan Yang Efektif Dalam Usaha Kecil (Studi Kasus Pada Perusahaan Perorangan Prima Indah Di Harmo

vestibularbio.com - blogger [PDF]
1-(FUVEST-2010)A Gripe A, causada pelo vírus Influenza A (H1N1), tem sido relacionada com a Gripe Espanhola, pandemia ocorrida entre 1918 e 1919. ..... a) A maior probabilidade de ocorrência de distúrbios genéticos em filhos ou filhas da união d

Prof. Dr. İsmail KARACAN
Before you speak, let your words pass through three gates: Is it true? Is it necessary? Is it kind?

Doç. Dr. İsmail Okan
The beauty of a living thing is not the atoms that go into it, but the way those atoms are put together.

Prof. Dr. İsmail Yakıt
Ego says, "Once everything falls into place, I'll feel peace." Spirit says "Find your peace, and then

Dr. Nermine Ismail School
The beauty of a living thing is not the atoms that go into it, but the way those atoms are put together.

Prof. Dr. İbrahim TURNA
No amount of guilt can solve the past, and no amount of anxiety can change the future. Anonymous

Prof. Dr. İbrahim Öztürk
Everything in the universe is within you. Ask all from yourself. Rumi

Thése Dr. Ibrahim
Every block of stone has a statue inside it and it is the task of the sculptor to discover it. Mich

Idea Transcript


DR ISMAIL IBRAHIM

August 18, 2010

MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI AL-DIN Nampaknya akhir-akhir ini cara kita memahami agama kita sebagai Al-Din tidak seimbang sama sekali. Program TV, Radio dan tulisan-tulisan mengenai agama kebanyakannya hanya menekankan tentang ritual, ibadat khusus, doa, zikir, wirid dan sebagainya. Kalau kita pergi ke kedai-kedai buku maka buku yang dinamakan sebagai buku agama, juga membicarakan tentang hal yang sama, merangkumi bekalan untuk akhirat semata-mata, tidak banyak menyentuh tentang kehidupan kita sebagai orang berilmu, berpengetahuan dan mempunyai pandangan yang jauh tentang sains dan teknologi yang dapat mencorakkan kehidupan kita di dunia demi mencri kebahagiaan di akhirat. Malah lebeh dari itu buku-buku "agama" seolah-olah tidak perlu berbicara tentang kehidupan di dunia yang menyentuh persoalan ekonomi, teknologi, industri, etika dan semua bidang kehidupan di dunia, yang ada kalanya dilihat sebagai sesuatu yang boleh melupakan orang Islam tentang akhirat dan kehidupan kerohanian mereka. Bila kita mengunjungi kedai-kedai yang menjual ubat tradisional pun, maka kita akan menemui ubat-ubat yang dikatakan ubat Islam, air yang dijampi, habbatul sauda', kurma, kismis, za'faran dan sebagainya. Inilah yang selalu diiklankan di dalam medis cetak dan letronik tak berhenti-henti. Kita tidak menentang amalan agama tradisional, kita menerima kelebihan Islam dalam segala kehidupan kita, ibadat adalah merupakan satu amalan yang asas, doa merupakan otak ibadat, zikir adalah penawar, ibadat khusus adalah merupakan perintah Allah dan Rasul-Nya yang tidak boleh ditinggalkan. Hal ini kita junjung. Namun apabila penekanan hanya diberikan 100% terhadap kehidupan ini, maka kita akan ketinggalan dari arus perdana kehidupan kita di dunia yang serba mencabar dan maju ini. Kita akan terpinggir dari kemajuan teknologi baru, dari alam ekonomi dunia, kita akan ditinggalkan dalam masjid-masjid kita atau surausurau kita sahaja, kita akan dilalaikan oleh musuh dengan memerangkap kita dalam alam rohani kita sahaja, sedangkan mereka mengambil kesempatan mengaut kekayaan kita, menindas pemikiran kita, menyebabkan kita merasa tertekan dan teeraniya, maka kita akan bangun berjihad, membunuh mereka, atau membunuh sesama kita yang kita anggap sebagai musuh kita walau pun mereka seagama dengan kita, kerana mereka tidak berada dalam kelomp[ok kita, yang tidak sealiran dalam politik dan amalan kita, yang kita anggap sebagai musuh kita, sama juga seperti musuh kita orang kafir. Orang Barat dan dunia luar yang cemburukan kemajuan kita, kekayaan kita dan umat kita yang cuba bangun untuk bersaing dengan mereka, maka semuanya itu tidak disukainya. Mereka mahu dunia ini hanya untuk mereka, orang Islam biarlah mereka dengan kerohaniaan dan ibadat mereka, dan mereka mahu menanamkan pemikiran serta sikap yang negatif teerhadap dunia ke dalam mentaliti orang Islam, biarlah diberikan peluang supaya mereka hanya bergerak di dalam amalan akhirat mereka sahaja. Satu ketika dulu, orang bukan Islam menggalakkan orang Islam bergerak cergas dalam kehidupan kerohaniaan mereka dan meninggalkan dunia ini sepenuhnya. Biarlah orang-orang Islam berkumpul ribuan orang di satu tempat di India umpamanya dan dalam perjumpaan itu mereka beribadat dan beramal dalam meninggatkan kerohaniaan dan spiritual mereka sahaja. Oleh itu, rasanya kita sebagai orang Islam haruslah cuba memahami apakah al-din itu, apakah maknaanya agama sebagai al-din yang berarti cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, apakah dengan beragama kita akan hanya menumpukan 100% kepada satu bahagian dalam agama sahaja iaitu bahagian kerohanian dan ibadat khusus? Apakah maknanya doa kita yang meminta kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat? Dimanakah letaknya falsafah dan cara hidup Islam yang terkandung di dalam firman Allah yang menuntut kita supaya berusaha dalam bidang yang dikurniakan Allah kepada kita untuk hari akhirat, disamping tidak melupakan nasib kita di dunia ini? Kalau kita meninjau kepada sejarah silam Islam, kita amat berbangga dengn zaman kegemilangan umat Islam dan para pemikir serta ahli falsafahnya yang mencipta ilmu sains, perubatan, falak, ilmu bintang, matematik, dan sebagainya. Kita bernostalgia dengan kemajuan dan sumbangan mereka kepada dunia, ketika umat lain masih berada dalam zaman kemunduran. Tetapi aktiviti kita untuk mencapai tamadun itu tidak banyak, malah mungkin tidak ada langsung yang kita gerakkan dalam mengulangi kemajuan, peradaban dan tamadun umat kita itu. Perhatikan program agama dalam tv, radio, ceramah agama, forum, dan sebagainya yang dikatakan sebagai program agama itu. Adakah disebut tentang kefahaman kita yang menyeluruh terhadap pengertian agama dalam aspek pembangunan manusia yang sempurna dalam dunia ini? Adakah buku-buku yang ditulis tentang agama yang menggalakkan usaha memperthankan diri dalam bidang ilmu, teknologi, politik, etika dan akhlak, malah dalam memahami bagaimanakah agama memainkan peranan dalam pembangunan peerdagangan, industri dan pembangunan ekonomi umat Islam sendiri. Ada diciptakan ubat-ubat yang seolah-olah ingin melupakan ubat-ubat yang telah diciptaklan selama ini dengan menggunakan ilmu kepandaian manusia dan teknologi baru yang sentiasa membangun dengan pembangunan akal fikiran dan kemajuan manusia. Kita haruslah mengadakan perseimbangan dalam memberi kefahaman kepada umat kita, terutamanya generasi baru kita, tentang apakah artinya Islam? Apakah artinya sains Islam, perubatan Islam, yang selama ini kita terlalu memperkecilkan fokusnya kepada ritual dan doa saja. Ada orang yang tidak lagi peercaya kepada proses perubatan moden, terafi moden umpamanya, maka sikap tawakkal kepada Allah seolah-olah satu penyerahan bulat-bulat tanpa usaha dan ikhtiar dengan menggunakan teknik dan kaedah ilmu manusia yang moden. Kita percaya dan penuh beriman kepada Allah swt, kepada doa dan zikir, wirid dan munajat kepada Allah, percaya kepada dasar yang fundamental dalam agama dan ajaran kerohanian Islam, tetapi dalam masa yang sama juga kita haruslah melihat dunia ini dari kacamata akal manusia yang baru, yang juga dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kita perlu menuntut ilmu walau di mana saja datangnya asalkan tidak membawa kesesatankepada kita. Kita perlu memindahkan teknologi luar untuk membangunkan industri dan maruah kita. Hl ini perlulah diperbetulkan ketika kita berbicara tentang "agama" tentang pendidikan agama, ubat agama, pengetahuan agama, program agama, tulisan agama, lakonan agama, dan sebagainya. Kita haruslah membuka mata umat kita tentang hidup "sebelah lagi" bagi orang Islam, iaitu hidup di dunia dan diakhirat. Kalau kita hanya asyik menekankan tentang agama dalam aspek kerohaniaan saja, maka kita akan ditinggalkan oleh kemajuan dunia dan manusia lain, sedangkan kita selalu membaca ayat Al-Quran yang menyebut bahawa nasib kita tidak akan diubah oleh Allah SWT, ssekiranya kita tidak berusaha mengubah apa yang ada di dalam diri kita. Apa yang ada di dalam diri kita ialah akal fikiran, sikap dan pembentukan pemikiran yang betul, mencipta tamadun dan peradaban kita, cara hidup dunia akhirat yang dinamik, juga jati diri kita sendiri, inilah apa yang ada dalam diri kita.

No comments yet

Add a comment

Popular posts from this blog

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y? May 23, 2013

MEMPERGUNAKAN GENERASI Y ! Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh banyak pihak, Generasi yang dikenali dengan nama Generasi Y itu, ialah golongan anak-anak muda yang lahir diantara tahun 1977 hingga 1997 (berumur 16 - 36 tahun sekarang).



READ MORE

Sistem Trafik Kita Memandu Sebelah Kiri December 22, 2010

Terimakasih atas pertanyaan. Sistem trafik, atau lalu lintas, di dunia ini terbahagi kepada dua sistem. Kenderaan yang steeringnya sebelah kiri, seperti di Amerika Syarikat, dan beberapa buah negara di benua lain,kenderaan itu hendaklah di pandu di sebelah kanan jalan. Kenderaan yang steeringnya di sebelah kanan, seperti di negara kita, … READ MORE

TURKI DAN MALAYSIA December 12, 2011

Sepanjang pengalaman saya semasa berada di Riyadh selama hampir tiga tahun, dan ketika menghadiri Persidangan2 antarabangsa di luar negara, juga melalui pertemuan dengan para akademik dan aktivis agama dan sosial, nampaknya rata2 orang Islam dan bukan Islam di luar memandang Malaysia dan Turki sebagai dua buah



READ MORE

Powered by Blogger Theme images by Galeries

Follow

Archive

Labels

Report Abuse

85

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.