khazanahnasional | khazanah sepanjang zaman [PDF]

Oct 3, 2015 - Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang

35 downloads 30 Views 665KB Size

Recommend Stories


12 Ideas Shaping Khazanah Book.indd
Pretending to not be afraid is as good as actually not being afraid. David Letterman

menjadi orang kreatif sepanjang masa
Ego says, "Once everything falls into place, I'll feel peace." Spirit says "Find your peace, and then

ulasan tahunan khazanah ke-13
Your big opportunity may be right where you are now. Napoleon Hill

var zaman yok zaman
You have survived, EVERY SINGLE bad day so far. Anonymous

Evren nedir? Uzay ve zaman(Pdf)
You have survived, EVERY SINGLE bad day so far. Anonymous

Zaman Zaman İçinde Roman Roman İçinde
If you feel beautiful, then you are. Even if you don't, you still are. Terri Guillemets

bursa'da zaman
We can't help everyone, but everyone can help someone. Ronald Reagan

zaman etüdü
Just as there is no loss of basic energy in the universe, so no thought or action is without its effects,

zaman yolcusu
Before you speak, let your words pass through three gates: Is it true? Is it necessary? Is it kind?

Zaman Skalası
Knock, And He'll open the door. Vanish, And He'll make you shine like the sun. Fall, And He'll raise

Idea Transcript


khazanahnasional KHAZANAH SEPANJANG ZAMAN

GeraKan Islam – Satu Sejarah 03 OCT . May 30, 2009

GeraKan Islam – Satu Sejarah Posted by pemudaberani under Realiti Lapangan (https://risalahkami.wordpress.com/category/realiti-lapangan/) [6] Comments (https://risalahkami.wordpress.com/2009/05/30/gerakan-islam-satu-sejarah/#comments)

“Gerakan Islam – Satu Sejarah Dan Pengalaman” Selangor, 1989 GERAKAN ISLAM Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ? Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka. Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan. Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman, dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya. Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS. Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek, profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi, perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa danmenyambung semula Khalifah Rashidah. Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakinibukan jalan tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan Syria. Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom. Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di Tanah Air sendiri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60’an dan awal 70’an. Sekumpulan pelajar, kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim untuk menjadi kader-kader dakwah. Pada awal tahun 70’an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan (jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun, hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima’ (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN Di awal tahun 70’an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland). Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].

PERPECAHAN Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya. Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah terbelah dua – satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir. Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap tindakan itu tidak syari’ kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk satu wadah atau platform yang dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil tersebut. Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya – yang tabligh tetap tabligh, yang mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.

SUARA AL-ISLAM Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara AlIslam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih jalan yang wajar dan menepati syara’ untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini. Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun 1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kiniIRC (secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 : “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

JAMAAH BARU DI MALAYSIA IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran: “Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (Surah Ali Imran, Ayat 103) “Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada kamu – tafsir).” (Surah AlAn’am, Ayat 159) Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada berpecah atau membuat jamaah baru: Sabda Baginda yang bermaksud “Hendaklah kamu bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka.” Lagi sabda Baginda yang bermaksud, “Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab.” Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM sekembalinya mereka ke Malaysia. Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah hujjah-hujjah syara’ dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan AlAzhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun, diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !? IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah ABIM-U.K. sekitar awal 80’an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar – Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K. Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan pelajar seperti “Islamic Society” dan “Malaysian Student Society” di hampir setiap institusi di mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan mesyuarat – sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-ahli ABIM. Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama.

Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya “seolaholah” ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula. Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabur, daripada menjadi sesuatu yang memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara … ” (Surah Al-Hujurat, Ayat 10) bukannya “Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara” atau “Sesungguhnya orang-orang ABIM sahaja bersaudara,” atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama merekamaka siapakah anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-individu mujahid mukmin – yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah yang sedia wujud ? [Setelah diasak dengan begitu panjang sekali komen oleh yang berhormat Ust Annuar Salleh, YDP ISMA Hulu Langat, maka atas rasa hormat, penuh rendah diri, kami tangguhkan semua poin sanggahan2 yang dikutip daripada tulisan beliau untuk dijadikan peluru tembak kembali. (“,).. Dengan penuh insaf, kami akan berusaha mengkaji kitab yang dicadangkan beliau supaya kami tidak kelihatan seperti ‘budak baru belajar’. Maka dengan itu untuk sementara waktu ini, kami kongsi dahulu sejarah gerakan Islam yang kami temui demikian.] .

Report this ad

Report this ad 1 Comment Posted by khazanahnasional on October 3, 2015 in Uncategorized

Definisi Harakah Islamiyah 03 OCT

(https://khazanahnasional.wordpress.com/2015/10/03/definisi-harakah-islamiyah/) Definisi Harakah Islamiyah Harakah Islamiyah difahami sebagai sebuah gerak kerja (amal) massa (sya’biy) secara berkumpulan (jamai’e) yang tersusun (munazzam) dengan matlamat kembali kepada Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh aspek kehidupan.

Ia mestilah sebuah gerak kerja yang berterusan, bukan sekadar ceramah verbal atau tulisan dan buku walaupun ia juga penting, tetapi itu hanya satu juzuk daripada gerak kerja yang dimaksudkan. Firman Allah :

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/10/bc90d-9_105.png) “Dan katakanlah, beramallah kamu semua, pasti Allah, rasulNya dan orang-orang beriman akan melihat amalan kamu.dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (At Taubah:105) Ia juga mestilah sebuah gerakan rakyat yang tertegak di atas kesedaran dan kerelaan sendiri daripada keimanan teguh kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripada-Nya, bukan daripada manusia. Kesedaran diri itu adalah berpunca daripada wujudnya pergolakan di dalam diri mereka akibat pertembungan dan percanggahan di antara iman mereka yang mendalam terhadap kebenaran dan kekuatan agama Islam dengan realiti kehidupan umat yang menunjukkan sebaliknya. Maka berlakulah satu kebangkitan dan revolusi di dalam diri yang bertitik tolak dari rasa kasih terhadap agamanya, rasa cuainya diri dan umat disekelilingnya di dalam melaksanakan kewajiban terhadap agama di dalam berhukum dengan syariat Allah, menyatukan umat di atas kalimah tauhid, membebaskan tanah air Islam daripada segala bentuk penjajahan luar di samping mengembalikan kerajaan khilafah Islamiah untuk memimpin umat seluruhnya. Justeru gerakan Islam mestilah bersifat rakyat, sukarela dan tersusun gerak kerjanya. Adapun gerak kerja atau program rasmi Islam oleh pihak kerajaan ataupun agensinya, walaupun ia mungkin turut menyumbang ke arah kebaikan agama dan umat, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. Ini kerana ia bergerak di atas upah dan gaji, dilaksanakan oleh pegawai yang mungkin tidak ikhlas, tidak ahli dan tidak amanah, selain terikat dengan kehendak dan telunjuk politik pemerintah. Ia juga sering bertentangan dengan kehendak dan aspirasi umat sehingga mereka telah dicap sebagai ulama kerajaan (ulama al sulthah). Semua ini menjadikan projek Islam kerajaan tidak akan mampu menjadi amal sebuah gerakan Islam. Justeru perlu difahami bahawa jika gerakan Islam telah menguasai sesebuah kerajaan, maka segala program kerajaan hendaklah menjadi jentera yang akan melancarkan segala gerak kerja Islam yang telah disusun rapi oleh gerakan Islam tersebut demi mencapai matlamatnya yang murni dan agung. Dalam bahasa hari ini disebut sebagai ‘parti menguasai kerajaan’. Harakah Islamiyah juga mestilah sebuah gerakan yang berkumpulan dan bertanzim. Ia tidak menerima gerak kerja ramai yang ikhlas tetapi berselerak walaupun amalannya tetap diterima Allah. Kemestian ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu agama dan realiti. Adapun agama, maka ia disebabkan Islam menyeru kepada jamaah dan menolak bersendirian dan terpencil. ‘Tangan Allah di atas jamaah’. ‘Barang siapa memencil diri, dia akan terpencil di neraka’. ‘Orang mukmin saling kuat menguat’. Islam menyeru ‘berkerja sama melakukan kebajikan dan taqwa’ dan menyuruh untuk ‘saling mewasiat dengan kebenaran dan kesabaran’. Manakala realiti pula, maka ia disebabkan oleh hakikat bahawa sesuatu hasil itu tidak akan sempurna kecuali jika dilakukan secara bersama. kerja yang besar tidak akan sempurna kecuali melalui usaha yang saling bergandingan. Sebelah tangan tidak boleh bertepuk. Firman Allah;

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/10/f2ca6-61_4.png) “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu saf yang tersusun seolah-olah mereka bagai sebuah bangunan yang kukuh”. (Al Shaff:4) Gerakan yang bertanzim bermaksud hendaklah ia diterajui kepimpinan yang bertanggung jawab, dibina di atas asas yang kukuh dan kefahaman yang jelas, menggariskan hubungan di antara kepimpinan dan akar umbi yang diikat dengan syura yang wajib dan mesti didengari selain ketaatan yang jelas dan mesti. Islam dalam apa bentuk pun tidak mengenal jamaah tanpa tanzim hatta dalam perkara yang kecil seperti halnya dalam solat berjamaah yang bermula dengan saf yang rapi dan berterusan dengan ketaatan penuh kepada imam yang benar sehinggalah rukun salam. Leave a comment Posted by khazanahnasional on October 3, 2015 in Uncategorized

PAS : Gerakan Islam Dan Tuntutan Tajdid 03 OCT .

PAS : Gerakan Islam Dan Tuntutan Tajdid

This Article Checked By Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) on Friday, 22 March 2013

http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=&channel=http%3A%2F%2Fstatic.ak.facebook.com%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2FR_qmi4A5CC2.js%3Fversion%3D41%23cb%3Df508f67f8%26domain%3Dwww.tarbawi.my%2 gerakan-islam-dan-tuntutan-tajdid.html&locale=en_GB&sdk=joey&send=true&show_faces=false&width=450 (http://www.facebook.com/plugins/like.php? app_id=&channel=http%3A%2F%2Fstatic.ak.facebook.com%2Fconnect%2Fxd_arbiter%2FR_qmi4A5CC2.js%3Fversion%3D41%23cb%3Df508f67f8%26domain%3Dwww.tarbawi.my%2 gerakan-islam-dan-tuntutan-tajdid.html&locale=en_GB&sdk=joey&send=true&show_faces=false&width=450)

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/10/34d86-ijtimak-tarbawi-pemuda-pas-tuan-guru-abu-bakar-chiknasrudin-tantawi-azman-syafawi-khairul-faizi-nik-abduh-kamal-pas-pemuda.jpg) PAS hari ini sedang bergerak laju. Kelajuannya seiring dengan perubahan politik negara yang dilihat sedang mengalami proses transformasi yang akan, setidak-tidaknya mengeluarkannya daripada politik lama yang bersifat diktator dan kuno kepada politik baru yang lebih bebas, telus dan adil, jika tidak pun sampai mampu mengubah kerajaan dan pemerintahan sedia ada yang semakin lemah dan gagal. Selain kesan positif yang diharapkan untuk PAS di dalam memperolehi sokongan rakyat yang lebih besar, seterusnya diterima rakyat untuk memperkenalkan dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup yang satu dan ideal untuk negara ini, sedikit kesilapan hasil kegelojohan dan ketidak telitian mungkin juga akan mengheret PAS ke dalam kancah konflik politik dan pertikaian yang akan merugikan dan melambatkan perjalanan PAS menuju matlamatnya. Justeru adalah baik jika pengemaskinian kefahaman ahli PAS terhadap matlamat, peranan PAS selain tuntutan semasanya diberi keutamaan dan diperdalamkan. Rencana ini akan mengupas peranan PAS sebagai sebuah harakah Islamiyyah atau gerakan Islam dengan memperincikan keutamaan yang harus dilaksanakan demi mengekalkannya terus relevan sebagai harapan umat yang akan menjadi kenyataan. Definisi Harakah Islamiyah Harakah Islamiyah difahami sebagai sebuah gerak kerja (amal) massa (sya’biy) secara berkumpulan (jamai’e) yang tersusun (munazzam) dengan matlamat kembali kepada Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh aspek kehidupan. Ia mestilah sebuah gerak kerja yang berterusan, bukan sekadar ceramah verbal atau tulisan dan buku walaupun ia juga penting, tetapi itu hanya satu juzuk daripada gerak kerja yang dimaksudkan. Firman Allah :

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/10/bc90d-9_105.png) “Dan katakanlah, beramallah kamu semua, pasti Allah, rasulNya dan orang-orang beriman akan melihat amalan kamu.dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (At Taubah:105) Ia juga mestilah sebuah gerakan rakyat yang tertegak di atas kesedaran dan kerelaan sendiri daripada keimanan teguh kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripada-Nya, bukan daripada manusia. Kesedaran diri itu adalah berpunca daripada wujudnya pergolakan di dalam diri mereka akibat pertembungan dan percanggahan di antara iman mereka yang mendalam terhadap kebenaran dan kekuatan agama Islam dengan realiti kehidupan umat yang menunjukkan sebaliknya. Maka berlakulah satu kebangkitan dan revolusi di dalam diri yang bertitik tolak dari rasa kasih terhadap agamanya, rasa cuainya diri dan umat disekelilingnya di dalam melaksanakan kewajiban terhadap agama di dalam berhukum dengan syariat Allah, menyatukan umat di atas kalimah tauhid, membebaskan tanah air Islam daripada segala bentuk penjajahan luar di samping mengembalikan kerajaan khilafah Islamiah untuk memimpin umat seluruhnya. Justeru gerakan Islam mestilah bersifat rakyat, sukarela dan tersusun gerak kerjanya. Adapun gerak kerja atau program rasmi Islam oleh pihak kerajaan ataupun agensinya, walaupun ia mungkin turut menyumbang ke arah kebaikan agama dan umat, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. Ini kerana ia bergerak di atas upah dan gaji, dilaksanakan oleh pegawai yang mungkin tidak ikhlas, tidak ahli dan tidak amanah, selain terikat dengan kehendak dan telunjuk politik pemerintah. Ia juga sering bertentangan dengan kehendak dan aspirasi umat sehingga mereka telah dicap sebagai ulama kerajaan (ulama al sulthah). Semua ini menjadikan projek Islam kerajaan tidak akan mampu menjadi amal sebuah gerakan Islam. Justeru perlu difahami bahawa jika gerakan Islam telah menguasai sesebuah kerajaan, maka segala program kerajaan hendaklah menjadi jentera yang akan melancarkan segala gerak kerja Islam yang telah disusun rapi oleh gerakan Islam tersebut demi mencapai matlamatnya yang murni dan agung. Dalam bahasa hari ini disebut sebagai ‘parti menguasai kerajaan’. Harakah Islamiyah juga mestilah sebuah gerakan yang berkumpulan dan bertanzim. Ia tidak menerima gerak kerja ramai yang ikhlas tetapi berselerak walaupun amalannya tetap diterima Allah. Kemestian ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu agama dan realiti. Adapun agama, maka ia disebabkan Islam menyeru kepada jamaah dan menolak bersendirian dan terpencil. ‘Tangan Allah di atas jamaah’. ‘Barang siapa memencil diri, dia akan terpencil di neraka’. ‘Orang mukmin saling kuat menguat’. Islam menyeru ‘berkerja sama melakukan kebajikan dan taqwa’ dan menyuruh untuk ‘saling mewasiat dengan kebenaran dan kesabaran’. Manakala realiti pula, maka ia disebabkan oleh hakikat bahawa sesuatu hasil itu tidak akan sempurna kecuali jika dilakukan secara bersama. kerja yang besar tidak akan sempurna kecuali melalui usaha yang saling bergandingan. Sebelah tangan tidak boleh bertepuk. Firman Allah;

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/10/f2ca6-61_4.png) “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu saf yang tersusun seolah-olah mereka bagai sebuah bangunan yang kukuh”. (Al Shaff:4) Gerakan yang bertanzim bermaksud hendaklah ia diterajui kepimpinan yang bertanggung jawab, dibina di atas asas yang kukuh dan kefahaman yang jelas, menggariskan hubungan di antara kepimpinan dan akar umbi yang diikat dengan syura yang wajib dan mesti didengari selain ketaatan yang jelas dan mesti. Islam dalam apa bentuk pun tidak mengenal jamaah tanpa tanzim hatta dalam perkara yang kecil seperti halnya dalam solat berjamaah yang bermula dengan saf yang rapi dan berterusan dengan ketaatan penuh kepada imam yang benar sehinggalah rukun salam. Bagaimana PAS Sebagai Sebuah Parti Politik? Satu persoalan yang sering ditimbulkan mengenai PAS adalah kedudukannya sebagai sebuah parti politik dilihat lebih menyerlah berbanding sebagai sebuah gerakan Islam. Sebenarnya ia tidak bertentangan, bahkan kita perlu melihatnya sebagai satu kelebihan jika dilaksanakan tuntutannya dengan tepat dan berkesan. Perhatikan sebabnya; PAS lahir daripada krisis politik semasa di Malaysia di saat negara sedang berjuang demi sebuah kemerdekaan. Kelahirannya di atas pentas politik adalah cukup tepat untuk mengimbangi penguasaan golongan sekular di dalam UMNO dan BN yang berusaha memenangi dan merosakkan akidah rakyat dengan ideologi kebangsaannya. PAS adalah kelangsungan gerakan dakwah dan gerakan anti penjajahan yang dipelopori oleh para ulama sebelumnya. Para ulama yang berjuang menentang penjajah sebenarnya telah merujuk kepada gerakan tajdid Islam yang berpusat di negara Arab dan Turki. Justeru peranan awalnya sebagai gerakan haraki adalah jelas. Dalam gerakan Islam, tarbiyah dan fikrah ibarat enjin yang mengerakkan jentera daripada dalam sedangkan tayar dan steringnya adalah politik. Justeru keaktifan PAS di dalam politik hendaklah dilihat sebagai kekuasaannya menguasai masyarakat dan tidak menjadi sebab kepada terpinggirnya lapangan lain terutama tarbiyah dan fikrah. Apabila PAS berdaftar sebagai sebuah pertubuhan parti politik, PAS mampu bergerak dalam medan yang lebih luas berbanding sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang non partisan. Gerakan Islam seluruh dunia hari ini telah mula memajukan diri di dalam politik hatta gerakan Ikhwanul Muslimun di negara-negara Arab. Maka PAS telah dilihat lebih terkehadapan mengharungi dan mendepani politik tanah air. Jika PAS hanya gerakan politik yang bersifat ‘mesra sekular’ sudah pasti PAS telah berkubur di Malaysia bersama berkuburnya parti-parti politik pembangkang yang lain dek tekanan dan kezaliman pemerintah. Tetapi sebaliknya, PAS kekal. Ini adalah kerana kekebalannya yang merujuk kepada kekebalan sebuah gerakan Islam yang dibajai ruh Islami daripada al Quran dan al Hadis. Peranan Harakah Islamiyah

Sebuah harakah Islamiyah seperti PAS mestilah memainkan peranan yang utama di dalam gerakan tajdid Islami dan mengembalikan semula hak Islam untuk memimpin kehidupan seluruhnya selepas berjaya menghilangkan segala halangan yang menghalang. Apakah dia tajdid? Tajdid al din adalah satu istilah an Nabawi, termaktub dalam Hadis RasuluLlah S.A.W sendiri yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah pasti akan mengutuskan untuk umat ini, di hujung setiap seratus tahun, orang yang (man) akan memperbaharui (tajdid) untuk mereka akan agama mereka.” – Riwayat Abi Daud dan al Hakim daripada Abi Hurairah dengan isnad yang sahih. Walaupun kebanyakan ulama melihat bahawa kalimah ‘man’ itu merujuk kepada individu, tetapi beberapa ulama terkemuka seperti Ibn al Athir dan Imam Al Hafiz al Zahabi pula melihat ia bukanlah satu kemestian, bahkan mungkin bermaksud satu kumpulan ulama yang bersama-sama membawa tajdid agama. Dan, alangkah benarnya jika kumpulan ulama yang melakukan tajdid ini membentuk satu madrasah atau gerakan pemikiran, diiringi amal yang tersusun dan saling bahu-membahu. Inilah syarah terhadap Hadis di atas yang paling baik dan realiti (waqi’e) untuk kebangkitan umat Islam hari ini mengikut pandangan al Syeikh Dr.Yusuf al Qaradhawi. Apakah yang perlu ditajdidkan? Tajdid yang perlu dilaksanakan oleh gerakan Islam hendaklah tertumpu kepada tiga perkara utama : 1. Membentuk sebuah pasukan Islam yang mampu memimpin masyarakat hari ini dengan Islam yang benar dan menyeluruh dan merawati penyakit mereka dengan penawar bersumberkan Islam itu sendiri. Pasukan Islam ini hendaklah memiliki tiga sifat utama; iman yang mendalam, kefahaman yang jelas dan ikatan yang kukuh. 2. Membentuk pandangan umum rakyat majoriti yang menyokong pasukan Islam tersebut sehingga bersedia memberikan bantuan dan kasih sayang mereka kepadanya selepas mengenali matlamat perjuangan dan melihat keikhlasan dan kekuatan mereka. 3. Membentuk satu iklim sejagat yang mula menerima kewujudan dan hak umat Islam selepas mereka (non-Muslim) mula memahami hakikat risalah dan peradaban Islam dan mula bebas daripada ikatan-ikatan lampau yang begitu pesimis, gelap dan tidak adil terhadap Islam disebabkan sejarah pertembungan yang berterusan di antara Islam dan kekufuran. Pandangan umum sejagat yang positif inilah yang akan membuka dada mereka untuk menerima kehadiran dan hak umat Islam untuk menyusun kehidupan mereka berlandaskan hukum agama mereka sendiri di dalam negara umat Islam yang majoriti sebagaimana ianya bertepatan dengan seruan demokrasi yang dilaungkan oleh dunia mereka sendiri. Keutamaan-Keutamaan Semasa Harakah Islamiyah Medan kerja untuk gerakan Islam seperti PAS hari ini menjadi semakin luas dan adalah menjadi kewajiban ke atas pimpinan gerakan untuk mengkaji dan mendalaminya dengan penuh teliti berpandukan fakta dan statistik yang benar-benar segar. Di antara medan amal yang utama adalah seperti medan tarbiyah yang bertujuan membina pasukan dakwah yang cemerlng yang memiliki fikrah yang jelas, akidah yang teguh, akhlak yang baik, ibadah yang ikhlas serta manhaj perjuangan yang moden untuk menggerak dan menyatukan umat di atas tali Islam yang syumul. Begitu juga dengan medan politik yang bertujuan membebaskan kuasa dan pemerintahan daripada tangan golongan yang lemah dan khianat kepada tangan mereka yang gagah dan amanah serta bersih daripada sifat takabbur yang mampu memimpin umat Islam dan kemanusiaan menuju kecemerlangan. Termasuklah juga dengan medan ekonomi demi membangun kekayaan umat dan membebaskan diri daripada mengikut telunjuk musuh serta menanggung hutang ribawi seterusnya menubuhkan syarikat-syarikat perniagaan dan yayasan-yayasan yang akan memajukan ekonomi umat. Selain itu adalah medan ijtima’ie dan kemasyarakatan yang bertujuan menyelami masalah umat dan membantu mereka keluar daripada kejahilan, kemiskinan dan penyakit serta menyelamatkan mereka daripada serangan golongan musuh yang menjadikan kemiskinan umat sebagai peluang menukar keyakinan dan akidah mereka. Medan-medan amal seterusnya adalah medan dakwah dan penerangan, medan jihad, medan pemikiran dan ilmu, medan hiburan dan seni serta medan sukan dan riadah yang semakin besar dan luas kesan dan pengaruhnya ke atas kehidupan umat Islam hari ini. Dengan perluasan lapangan kerja yang semakin membesar dan kompleks, adalah menjadi tanggung jawab untuk kepimpinan gerakan Islam memastikan setiap medan itu dipenuhi dengan pengagihan tenaga kerja yang cukup dan seimbang bergantung keperluan di medan selain kemampuan gerakan. Pengabaian terhadap mana-mana lapangan amal tersebut akan memberikan kesan yang kurang baik selain membuka ruang untuk musuh melebarkan jaringan makar dan tipu daya mereka. Empat Yang Utama Dr.Yusuf al Qaradhawi berpendapat bahawa pemusatan dan kesegeraan hendak digerakkan kepada empat lapangan amal yang paling penting untuk diterokai dengan jayanya iaitu : 1. Di dalam lapangan pemikiran. Hendaklah diberi tumpuan yang mendalam dan pencerahan yang baru ke atas beberapa kefahaman Islam yang penting. Ini dinamakan al fiqh al jadid. Di antara kefahaman yang mesti diketengahkan ialah fiqh al awlawiyat, fiqh al muwazanat, fiqh al nusus dan fiqh al maqasid. 2. Di dalam lapangan dakwah hendaklah ditumpukan kepada beberapa sektor dan kelompok masyarakat yang tertentu yang berpengaruh. Rakyat marhaen mestilah diselami kehidupan mereka. Kelompok perniagaan, bidang-bidang melibatkan kaum wanita dan golongan akademik sebagai contoh adalah medan yang perlu dimedani dan dikuasai. 3. Di dalam lapangan tarbiyah hendaklah ditumpukan kepada pembinaan kualiti yang tertentu ke atas kelompok kepimpinan masa depan terutama di dalam sudut fikrah dan iman. Inilah medan paling utama. Inilah kumpulan hari ini yang mengambil peranan kumpulan sahabat di zaman RasuluLlahsallaLlahu alaihi wasallam. 4. Di dalam lapangan politik hendaklah ditumpukan kepada pemajuan pemikiran dan praktikalnya di dalam politik hubungan dalam dan luar negari termasuk dengan non-Muslim agar dapat keluar daripada masalah dalaman dan sekatan oleh pihak luar selain merealitikan maksud kealamiahan Islam. Kefahaman politik yang terlalu dibayangi ujian dan serangan musuh yang mewujudkan politik perang, politik ekslusif dan politik taqlid hendaklah diperbaharui kefahamannya agar gerakan Islam terus maju atau setidak-tidaknya tidak terus ketinggalan di dalam memahami tuntutan semasa, seterusnya memimpin umat. Penutup PAS adalah sayap dan jentera sebuah gerakan Islam sedunia yang lahir daripada sunnah perjuangan dan tuntutan agama. Ia lahir daripada keruntuhan yang menuntut binaan baru ke atas khilafah Islamiyah. Justeru PAS mestilah memiliki segala ciri-ciri gerakan hizbuLlah demi memperoleh janji kemenangan daripada Allah. Gerakan Islam hendaklah sentiasa membuka pintu kepada lambaian tajdid Islami terutama di zaman hari ini yang semakin cepat berkembang dan berubah. Apapun yang lebih penting adalah menjaga keaslian sebuah gerakan dakwah nabawiyah untuk umat manusia sejagat.

Biodata Penulis Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz dilahirkan pada 22 Mac 1970. Pernah menerima pendidikan di Madrasah Darul Anuar, Maahad Muhammadi lil Banin, Jami’ah Nadwatul Ulama (Luknow, India), Darul Uloom (Deoband) dan Universiti Al Azhar (Kaherah, Mesir). Di dalam PAS menyandang jawatan tertinggi di dalam pemuda sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. .

Leave a comment Posted by khazanahnasional on October 3, 2015 in Uncategorized

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden 03 OCT .

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mencetuskan kebangkitan Islam di majoriti seluruh pelusuk dunia pada abad ke 17 hingga abad ke 19 ialah kerana kekecewaan masyarakat dunia pada sistem barat, keadaan sosial ekonomi yang tidak stabil dan kesedaran kendiri masyarakat pada keupayaan Islam sebagai jawapan dalam mengatasi masalah-masalah tersebut. Antara isu-isu sejagat yang telah berlaku pada dekad tersebut ialah Islamisasi dan rampasan kuasa yang berlaku di Sudan yang telah menaikkan nama seorang tokoh pejuang Islam, Jaafar Muhammad Numeiri. Di Mesir idealogi Imam Hassan Al-Banna telah menymbang kepada kejatuhan Anwar Sadat, seorang pemimpin mesir yang telah berpaling dari Ihkwanul Muslimin. Tekanan kepada gerakan dan radikalisme pemikiran telah menyemarakkan lagi api kebangkitan Islam. Revolusi Iran telah mencatat sejarah kemenangan Kerajaan Revolusi apabila Shah Iran digulingkan. Hizbullah dan golongan pemikir Islam seperti Dr Ali Syariati sebagai intelektual Islam turut menjadi penggerak yang hebat. Di Afghanistan, Sheikhul Hadith Maulana Abdul Haq telah mengelurkan fatwa kewajipan berjihad. Tindakan ini disokong oleh Dr Abdullah Azzam, seorang warganegara Palestin yang telah berjinak-jinak dengan gerakan jihad sewaktu menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Pakistan. Dr Abdullah Azzam telah menyatukan 7 tanzim iaitu pertubuhan Islam yang pelbagai bagi membentuk Kesatuan mujahidin Islam Afghanistan.Usamah bin Laden juga tidak ketinggaan namanya dalam perang jihad sebagai seorang dermawan pemberani yang disegani kerana telah menyumbang pelbagai kemudahan untuk gerak kerja tentera jihad di Afghanistan. Di Algeria, kebangkitan Front Islamic Salvation iaitu Barisan Penyelamat Islam telah tertubuh atas kesedaran dengan pelaksanaan usrah-usrah, kesedaran di kalangan pelajar di kampus dan kesatuan tenaga masyarakat yang ingin bangkit menentang penjajahan perancis.Malik Bennabi merupakan salah seorang tokoh karyawan teks-teks usrah selain bahan haraki dari Hassan Al Banna dan tokoh-tokoh tersohor yang lain. Turki juga telah mencatat kebangkitan parti Islam . Nama Mustafa Kamal Atarturk tidak asing lagi sebagai penjenayah dan perosak besar kepada negara bekas naungan khalifah itu. Kejatuhan empayar turki uthmaniah hasil pakatan Mustafa kamal Ataturk bersama Yahudi meledakkan batas kesabaran bukan sahaja di kalangan umat islam di negara tersebut, malah di seluruh pelusuk dunia.. malah binatang turut mengeji tindakannya(Metafora).Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi menentang regim Mustafa melalui perang fikiran atau ‘gazwatul fikr’ antaranya dengan menerbitkan risalah An-Nur yang menggabungkan ilmu aqidah dan fakta sains membuahkan hasil dalam mencelikkan kesedaran masyarakat Turki tentang betapa penindasan terhadap Islam telah membarah di bumi mereka. Penubuhan Parti Mili Salamat telah bertukar nama kepada Parti Refah (Parti kebajikan) diterajui oleh Prof. Najmuddin Erbakan, dimana parti ini memenangi hati rakyat dengan sumbangan kebajikan bagi meredakan beban penindasan yang dideritai rakyatnya.Tajuk ini akan saya ulas dengan lebih mendalam setelah menghabiskan satu lagi buku bertajuk ‘Turki; Negara Talam Dua Wajah ‘ terjemahan daripada karangan Dr Abdullah Azzam (tokoh yang menyumbang kebangkitan Islam di Afghanistan, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.) Sebagai kesimpulan awal, idea negara-negara yang dijajah golongan kuffar ini turut terpanggil dengan idea jihad Pan-Islamisme.

Seterusnya ialah tentang penubuhan parti-parti Islam di tanah-tanah juang tersebut. Ikhwanul Musimin telah diasaskan pada 1928 sewaktu Hassan al Banna berumur 22 tahun dan sedang mengajar sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Ismailiah dan di Kaherah.Mengagumkan bukan. Fikrah perjuangannya yang ditanam sejak usia muda dan beliau berjaya menjadi ikon mata rantai pejuang dan aktivis masa kini . Biodata dan jalan hidupnya telah saya muatkan dalam satu carta minda yang tidak dapat dimuatkan dalam laman ni kerana masalah format. Tajuk ini Insya’Allah akan saya ulas lagi berdasarkan buku karangan Ridhwan Mohammmad Nor bertajuk ‘ Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna’. Dapatan baru saya ialah susur galur tokoh pimpinan Ikhwanul Muslimin sejak ditubuhkan sehingga kini. Bermula Hassan Al Banna sebagai mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang pertama,kemudian Syeikh Hassan Hudaibi yang kedua, diikuti Umar At-Tilmisani yang ketiga, Muhammad Hameed Abul Nasr, Syeikh Mustafa Masyur, dan yang terkhir Muhammad Mehdi Aqif sebagai mursyidul am Ikhwanul muslimin masa kini.

Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia mencatat sejarah kebangkitan Islam yang berkesan pada bekas tanah jajahan Belanda tersebut. Dalam buku “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, sejarah berasaskan kebenaran yang tidak dapat diselewengkan menceritakan Snuck Hurgrunje yang menyamar sebagai orang Islam danmengadakan pakatan bersama Belanda Indonesia untuk mematahkan kebangkitan ulama’ pada masa itu terserlah juga. Namun pandangan-pandangan Snuck Hurgrunje tetap diguna pakai sebagai sumber rujukan sejarah. Sebagai contoh, buku teks sekolah menengah di Malaysia sendiri memuatkan pandangannya terhadap kedatangan pengaruh Islam ke nusantara pada abad ke 15 hijrah walhal pengaruh Islam telah lama sampai ke nusantara sejak pemerintahan khalifah lagi dan secara rasminya berpengaruh di nusantara 2 dekad (seingat saya) lebih awal dari tarikh yang termaktub dalam sumber asas rujukan pelajar-pelajar SPM tersebut.Begitulah golongan kafir memutarbelitkan fakta, memalsukan kebenaran dan menyelewengkan amanah. Fakta ini boleh dirujuk dalam buku karangan Abdullah Ishak yang bertajuk ‘Islam di Nusantara’. Andai berpeluang, akan saya ulas tajuk ini dalam post yang berikutnya. Pada masa kini, antara tokoh terkenal yang memperjuangkan Partai Keadilan Sejahtera ialah Dr Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr Nurhidayat Wahid. Pelbagai aktiviti seperti usrah, mukhayyam, tamrin dan aktiviti rasmi telah dijalankan seperti Forum Lingkar Pena yang mengumpulkan penulis-penulis berbakat bagi menggalakkan dakwah dalam bidang penulisan. Ideologi mereka turut mempengaruhi pergerakan-pergerakan pelajar di kampus-kampus. Antara pertubuhan lain yang turut berjuang mempertahankan Islam ialah sarekat Islam, Nahdatul Ulama dan Ansor, Muhammadiah, dan Masyumi (Majlis Syura Muslimin) yang turut pernah dianggotai oleh HAMKA. Di Algeria,selain Front Islamic Salvation, Sheikh Abdul Qadir Al-Jazair cukup sinonim sebagai tokoh perjuangan di negeri itu. Jamiat Islami di Pakistan telah diasaskan oleh Abul A’la Al Maududi diikuti Mian Tufail Mohamed sebagai pemimpin selepasnya. Qazi Hussein Ahmad merupakan peneraju perjuangan Jamiat Islami sejak tahun 1987hingga kini. Jamiat islami juga mempunyai pertubuhan cabang sayap muslimat yang dikenali sebagai Halqah e-Khawatim. Gerakan pemuda pula dinamakan PASBAN. Di Palestin, HAMAS , singkatan daripada Haraqatul Muqawwamatil Islam mencetuskan Intifadhah iaitu kebangkitan menyeluruh umat Islam menentang penjajah mereka. Antara tokoh yang memimpin ialah Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi dan Khaled Mashaal yang memimpin perjungan yang tidak berkesudahan ini.. Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang buku ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan meneruskan ulasan saya pada tajuk Jalan Dakwah, antara Keaslian dan Penyelewengan diikuti Ulama’ dalam Sorotan Perjuagan Kemerdekaan mengikut perancangan saya yang amat dhaif ini, saya berserah diri kepadaNya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya diatas kefahaman yang diberikan untuk saya berkongsi bersama antum sebagai wadah pemula kebangkitan ilmu untuk kebangkitan Islam kini… Wallahu A’lam. Dipetik Dari Kajian Seorang Blogger, Hanisah Binti Wanasan 6 Disember 2007 11.19 pm. . Leave a comment Posted by khazanahnasional on October 3, 2015 in Uncategorized

Tarbiyah dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak : kajian tentang aktiviti dan masalah oleh Khaled bin Mat 03 OCT .

(http://studentsrepo.um.edu.my/) Home (http://studentsrepo.um.edu.my/) About (http://studentsrepo.um.edu.my/information.html) Browse by Year (http://studentsrepo.um.edu.my/view/year/) Browse by Subject (http://studentsrepo.um.edu.my/view/subjects/) Browse by Division (http://studentsrepo.um.edu.my/view/divisions/) Browse by Author (http://studentsrepo.um.edu.my/view/creators/) Login (http://studentsrepo.um.edu.my/cgi/users/home)

Tarbiyah dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak : kajian tentang ak masalah / Khaled bin Mat Mat, Khaled (2011) Tarbiyah dalam Parti Islam Se-Malaysia di Tanjong Malim, Perak : kajian tentang aktiviti dan masalah / Khaled bin Mat. Masters thesis, University of Malaya.

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/1/1._KULIT_LUAR.pdf)

PDF Download (32Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/1/1._KULIT_LUAR.pdf) | Prev (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/1.haspreviewThumbnailVersion/1._KULIT_LUAR

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/2/2._KULIT_DALAM_1.pdf)

PDF Download (32Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/2/2._KULIT_DALAM_1.pdf) | (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/2.haspreviewThumbnailVersion/2._KULIT_DALA

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/3/3._KULIT_DALAM_2.pdf)

PDF Download (34Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/3/3._KULIT_DALAM_2.pdf) | (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/3.haspreviewThumbnailVersion/3._KULIT_DALA

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/4/4._ABSTRAK.pdf)

PDF Download (99Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/4/4._ABSTRAK.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/4.haspreviewThumbnailVersion/4._ABSTRAK.pdf

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/5/5._DEDIKASI.pdf)

PDF Download (57Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/5/5._DEDIKASI.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/5.haspreviewThumbnailVersion/5._DEDIKASI.pdf

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/6/6._SENARAI_SINGKATAN.pdf)

PDF Download (74Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/6/6._SENARAI_SINGKATAN (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/6.haspreviewThumbnailVersion/6._SENARAI_SIN

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/7/7._SISTEM_TRANSLITERASI_HURUF_ARAB.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/8/8._PENGHARGAAN.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/9/9._SENARAI_KANDUNGAN.pdf)

PDF Download (90Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/7/7._SISTEM_TRANSLITERA (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/7.haspreviewThumbnailVersion/7._SISTEM_TRA

PDF Download (112Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/8/8._PENGHARGAAN.pdf) | (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/8.haspreviewThumbnailVersion/8._PENGHARGA

PDF Download (116Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/9/9._SENARAI_KANDUNGA (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/9.haspreviewThumbnailVersion/9._SENARAI_KA

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/10/Bab_1.pdf)

PDF Download (237Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/10/Bab_1.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/10.haspreviewThumbnailVersion/Bab_1.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/11/Bab_2.pdf)

PDF Download (505Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/11/Bab_2.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/11.haspreviewThumbnailVersion/Bab_2.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/12/Bab_3.pdf)

PDF Download (371Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/12/Bab_3.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/12.haspreviewThumbnailVersion/Bab_3.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/13/Bab_4.pdf)

PDF Download (310Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/13/Bab_4.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/13.haspreviewThumbnailVersion/Bab_4.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/14/Bab_5.pdf)

PDF Download (268Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/14/Bab_5.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/14.haspreviewThumbnailVersion/Bab_5.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/15/Bab_6.pdf)

PDF Download (137Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/15/Bab_6.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/15.haspreviewThumbnailVersion/Bab_6.pdf)

(http://studentsrepo.um.edu.my/5350/16/Bibliografi.pdf)

PDF (Full Text) Download (134Kb) (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/16/Bibliografi.pdf) | Preview (http://studentsrepo.um.edu.my/5350/16.haspreviewThumbnailVersion/Bibliografi.pdf)

Abstract

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pendidikan. Ia adalah satu program terancang yang bertujuan untuk mengkader ahli menjadi insan yang sanggup mengorbankan ji serta memiliki sahsiah dan akhlak yang mulia, di samping boleh menjadi role model kepada masyarakat. Parti Islam Se-Malaysia atau PAS merupakan salah sebuah parti politik berteraskan a tarbiyah sebagai salah satu elemen penting dalam memantapkan ahlinya. Walau pun tarbiyah dilaksanakan dalam PAS, namun pelaksanaannya di peringkat negeri atau kawasan adalah secar tempat tersebut. Kajian ini memilih PAS kawasan Tanjong Malim, Perak sebagai lokasi kajian untuk melihat sejauh manakah pelaksanaan aktiviti tarbiyah di Tanjong Malim bertepatan deng oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP). Kajian ini juga cuba untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh PAS kawasan Tanjong Malim dalam melaksanakan aktiviti tarbiyah dan meng cadangan sebagai penambahbaikan kepada aktiviti tarbiyah sedia ada dalam PAS. Hasil kajian mendapati PAS kawasan Tanjong Malim melaksanakan kebanyakkan aktiviti tarbiyah dalam k qiyāmullail (katībah), latihan kemahiran (daurah tadrībiyyah), berbuka puasa secara berjama’ah (ifār jamā’ī), perhimpunan bulanan (ijtimā’ tarbawī), solat berjama’ah, jambori (mukhayyam ta pengajian agama. Malah, program lawatan (relah tarbawiyyah), program perkaderan (tamrīn tarbawī) dan perkhemahan (mukhayyam tarbawī) pula digabungjalinkan menjadi satu program ba kawasan turut mengambil inisiatif mengadakan Hari Keluarga untuk merapatkan ahli PAS di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun, beberapa masalah turut dihadapi oleh PAS kawasan te Ia berpunca daripada kelemahan sumber manusia, seperti dana dan tempat program yang terhad, kurangnya penglibatan yang menyeluruh daripada pimpinan dan nuqabā’ dalam program tarb dibincangkan dalam mesyuarat, tiada perancangan strategik program tarbiyah, kekurangan murabbī dan tenaga penggerak, kesukaran mengikuti sepenuhnya sukatan tarbiyah PAS Pusat, mur masyarakat tempatan dan kelemahan pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan. Item Type:

Thesis (Masters)

Additional Information:

Dissertation (M. Usuluddin) — Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011

Uncontrolled Keywords:

Parti Islam Se Malaysia; Islamic education; Education–Religious aspects–Islam

Subjects:

B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc (http://studentsrepo.um.edu.my/view/subjects/BP.html) D History General and Old World > DS Asia (http://studentsrepo.um.edu.my/view/subjects/DS.html)

Divisions:

Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development (http://studentsrepo.um.edu.my/view/divisions/4/)

Depositing User:

Miss Dashini Harikrishnan (http://studentsrepo.um.edu.my/cgi/users/home?screen=User::View&userid=236)

Date Deposited:

09 Jun 2015 11:36

Last Modified:

09 Jun 2015 11:36

URI:

http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5350 (http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5350)

Actions (For repository staff only : Login required) View Item

(http://eprints.org/software/) UM Student’s Repository is powered by EPrints 3 (http://eprints.org/software/)which is developed by the School of Electronics and Computer Science (http://www.ecs.soton.ac.uk/)at the University of Southampton. More information and software credits (http://studentsrepo.um.edu.my/eprints/). . Leave a comment Posted by khazanahnasional on October 3, 2015 in Uncategorized

Sejarah Perkembangan Gerakan Harapan Baru 14 AUG *****

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) Perkembangan mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan berpecah dua?Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi. Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational. BERMULANYA MASALAH Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan ‘ujian kemenangan’ buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN. Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya! Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan. Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama. ‘KETIDAK SELESAAN’ PIMPINAN UTAMA PAS Racangan bertemu pimpinan UMNO ini mungkin atas sebab ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, melalui pembentukan PR, di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP. Pada masa yang sama, barisan pembangkang merupakan barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari UMNO! Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan kekeliruan teramat untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam! Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap ‘tidak selesa’ memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak ‘dominan’ terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS. Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan ‘PR’ kerana ia memungkinkan PAS ‘memerintah bersama’ tetapi dalam keadaan minoriti. Namun ketidak selesaan ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya ianyadipendam. Dan dalam setiap ucapan, ungkapan “kukuhkan PR” terus diulangi walaupun hati berkata sebaliknya. SEPTEMBER 16 DAN KONSEP UG Di atas kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. ‘Majoriti Islam Melayu’ adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu. Pada 2009 mungkin hasil ‘ketidak selesaan’ ini juga, maka cadangan ‘Unity Government’ dikemukakan oleh DS Presiden PAS (http://www.khalidsamad.com/2009/03/question-of-unitygovernment-dwibahasa.html) tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura. Mungkin UG ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS daridilema bersama PKR dan DAP tanpa ‘dominasi’ PAS. Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang tersedikit berbanding rakan PR. Melalui UG, paling kurang, majoriti ‘Melayu Islam’ dapat tercapai kalaupun tidak dominasi PAS. Akan tetapi segala perbincangan berhubung UG ini telah dipatahkan oleh Almarhum TGNA sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi. (http://www.khalidsamad.com/2009/06/penolakan-gagasan-ug-oleh-pas-dan-pr.html) Sebuah kerajaan PR dengan PAS atau ‘Melayu Islam’ sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa Negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan PR, tidak boleh diterima oleh pimpinan utama PAS. Akan tetapi, ramai dari pimpinan Pusat tidak melihatnya sebagai satu ‘masalah’ yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam PR! Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya PR. Ini terbukti melalui keputusan pemilihan Muktamar PAS pada tahun 2011. Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu. Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-PR saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu. MENANGANI ‘MASALAH’ PEMIMPIN DAN AHLI ‘TERLALU’ PRO-PR Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang merasai bahawa demi menangani ‘masalah’ ini, maka perlu ditukar saff pimpinan AJK PAS Pusat dengan yang tidakterlalu pro-PR. Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam PR. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan PR akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan! Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:1. Pimpinan ‘terlalu pro-PR’ perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah 2. Hubungan antara PAS dan PR perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau PR STRATEGI PERTAMA: MULANYA KEMPEN FITNAH DAN MELABEL Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah ‘parasit’, ‘Anwarinas’ dan ‘Erdogan’ mula dipopularkan (http://www.khalidsamad.com/2015/02/asal-usul-anwarinas.html) dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana ‘tidak menyokong ide UG yang dikemukakan Presiden. Mereka dituduh menolak konsep UG kerana “mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden”. Pada muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-PRtelah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr. Hassan Ali melalui ‘video masyhurnya’ yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013 (http://www.khalidsamad.com/2015/04/mengapa-golongan-parasit-wajib.html). Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah ‘pembersihan’ saff pimpinan dari anasir yang kononnya “wala’ Pakatan melebihi wala’ kepada PAS”. i) Strategi Menjatuhkan Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’ Pada Muktamar 2015 Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015. Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak. Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa’ Fikri, Liqa’ Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini. Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam! Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti ini. Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan. Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini dituduh “berniat berkempen” dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan. Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan. ii) Aduan Kepada Pimpinan Utama Apabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah ‘perkara biasa’. Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai ‘sumber pahala’! Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja. Terdapat juga pimpinan yang ‘menfatwakan’ bahawa label-melabel adalah ‘Sunnah’! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini. Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya 1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan ‘pengkhianat’ yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah! Bukan ahli jemaah sendiri! Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk “Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama” dan sebagainya. iii) Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’ Pada muktamar 2014, istilah ‘barua dan broker’ diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri (http://www.khalidsamad.com/2014/11/ulasan-muktamar-pas-ke-60-bahagian-iii.html). Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas ‘berpihak’ semakin terserlah. DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai “pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya”. Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada “pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP”. Juga disebut “Muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin Sekular”. Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya. Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara ‘setandan’. Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya. sumber: http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/13/sejarah-perkembangan-harapan-baru-1/ (http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/13/sejarah-perkembangan-harapan-baru-1/) *****

Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian II) Dalam Punca Sebenar Perpecahan Dalaman PAS (Bahagian I) (http://www.khalidsamad.com/2015/08/punca-sebenar-perpecahan-dalaman-pas.html) saya telah menceritakan latar belakang bermulanya perpecahan dalam PAS dan sebab-sebab mengapa ianya berlaku. Seterusnya saya telah mendedahkan keinginan pimpinan utama untuk mengubah hala-tuju PAS atas sebab ketidak selesaannya berada di dalam PR. Akhirnya saya telah menyatakan bahawa untuk keinginan itu terlaksana, maka dua perkara perlu dilakukan. Pertama, saff pimpinan yang terlalu proPR perlu diganti dan kedua, sokongan ahli terhadap PR perlu dilunturkan.Kaedah bagaimana saff pimpinan dijatuhkan telah saya dedahkan secara terperinci dalam Bahagian I. Dalam Bahagian II ini, saya ingin menjelaskan bagaimana sokongan ahli terhadap PR dilunturkan. STRATEGI KEDUA: DIGODAKNYA HUBUNGAN PAS DAN PR Sambil usaha dijalankan untuk menyisihkan saff pimpinan yang terlalu pro-PR, strategi untuk meyakinkan ahli bahawa PAS perlu keluar dari PR turut dilaksanakan. Ini diusahakan dengan mencetuskan perbalahan secara berterusan dengan PKR pada mulanya dan DAP kemudiannya. FASA 1: PERTEMBUNGAN DENGAN PKR Pada pilihan raya 2013 dengan tidak semena-menanya telah berlaku ‘drama’ Kota Damansara, tuduhan ‘pil kuda’ dan pertindihan di enam (6) kerusi. (http://www.khalidsamad.com/2013/06/kisah-dogeng-kota-damansara.html) Suasana bersepakat yang selama ini tenang dan baik tiba-tiba bergolak seolah-olah tanpa sebab. Kerusi Kota Damansara telah dipersetujui diperingkat Negeri dan Pusat sebagai kerusi milik PKR. Dr. Nasir yang menjadi ADUN sejak 2008 atas tiket PKR telah berkhidmat tanpa menerima sebarang aduan dari PAS Negeri Selangor, samada dari PAS Kawasan Subang ataupun Majlis Tindakan DUN PAS Kota Damansara. Tetapi secara tiba-tiba beliau dituduh “mempertuhankan Lenin dan Marx” dan oleh itu ahli PAS Subang menolaknya dan meletak calon PAS. Tindakan mereka yang disokong DS Presiden hanya memenangkan calon BN! Namun tiada kekesalan walaupun sedikit ditunjukkan mereka yang terlibat dengan menangnya calon UMNO sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan tuduhan adanya calon PKR yang jual pil kuda! Mengapakah tuduhan ini perlu dilakukan secara terbuka sebegitu rupa sambil pilihan raya sedang berjalan? Tidakkah lebih wajar ianya dijelaskan secara tertutup kepada PKR dengan dibawanya 2 orang saksi atau bukti lain? Tidakkah itu lebih selari dengan kehendak keadilan Islam tanpa dipalit mana-mana individu dengan tuduhan yang sembrono sebegitu rupa? Berdasarkan tindakan sebegini, tidak salah sekiranya ada yang merumuskan bahawa ianya tindakan yang sengaja dilakukan untuk memulakan ketegangan antara PAS dan PKR! Selepas sahaja PRU 2013, walaupun pencapaiannya membanggakan dengan PR memperolehi undi popular melebihi 50%, Dewan Ulama PAS Pusat telah mengadakanMultaqa Ulama pertama di mana diusulkan supaya tahaaluf siyaasi dikaji semula. Dalam usul itu, dicadangkanhubungan PAS dengan PKR dikaji kembali. i) PR Merugikan PAS? Keadaan di mana PAS kekurangan kerusi Parlimen dari 23 pada 2008 ke 21 pada 2013 digunakan sebagai hujjah betapa PR merugikan PAS. Sedangkan pengurangan tersebut berlaku hasil perbalahan dalaman PAS Kedah yang tidak ditangani dengan baik sehingga PAS bukan sekadar kehilangan 5 kerusi Parlimen di Kedah tetapi telah kehilangan kerajaan Negeri di Kedah! Kehilangan kerajaan Negeri dan kerusi Parlimen di Kedah sebenarnya tiada kena-mengena dengan keberadaan PAS bersama PR. Ianya hasil perbalahan dalaman PAS sendiri tetapi seperti biasa, lebih mudah menuding jari pada pihak lain dari mengakui kelemahan sendiri. Pada masa sama, ianya digunakan sebagai alasan untuk memudahkan pencapaian agenda pimpinan utama iaitu menyalahkan PR. Usul Multaqa Ulama pertama pada 2013 ini kemudiannya berjaya diketepikan dengan menyatakan istilah ‘kaji semula’ bermaksud ‘kaji semula untuk diperbaiki’. Ianya dapat diketepikan pada ketika itu kerana masih ramai AJK PAS Pusat yang pro-PR. ii) Pertembungan Dengan PKR Ditingkatkan Krisis MB Selangor pada 2014 (http://www.khalidsamad.com/2014/08/soalan-yang-perlu-dijawab-mb-selangor.html) merumitkan lagi suasana apabila DS Presiden berkeras ingin pertahankan TSKI sambil ramai dari pimpinan Pusat dan PAS Selangor sendiri menganggap sebaliknya. TSKI dianggap mempunyai kelemahan dalam pengurusannya dan isu cara penyelesaian hutangnya sebanyak RM56 Juta dengan BIMB turut dipersoalkan. ‘Langkah Kajang’ hasil penolakan terhadap TSKI meruncingkan lagi suasana. Pada ketika itu PKR dan DSAI dijadikan sasaran di ‘media sosial ahli PAS’ seperti FB ‘El-haraki’ dan pimpinan PAS yang menyokong penukaran MB dituduh boneka PKR. Dalam menghadapi krisis ini Presiden PKR telah turut dihina secara terbuka oleh DS Presiden PAS. Sedangkan, semua memahami, kenyataan tersebut boleh dinyatakan secara tertutup sekiranya hubungan ingin dijaga. Walaupun dihina sedemikian rupa, PKR tidak bertindak balas kerana ingin menjaga hubungan PR. Seterusnya, kemasukan DSAI dalam penjara berlaku tanpa sebarang tanda simpati atau pembelaan dari pimpinan utama PAS (http://www.khalidsamad.com/2015/02/video-kes-liwat-ii-dsaikebersamaan-pr.html). Ada juga dari PAS yang menganggapnya sebagai ‘satu rahmat’ yang membebaskan PR dari ‘liabiliti’ DSAI! Yang kelihatan bersama DSAI di mahkamah terus dikeji dan dihina melalui media sosial pro-PAS sebagai ‘ahli PAS yang wala’ pada DSAI’. Mungkin yang diharapkan adalah tindakan balas dari PKR sepanjang episod berbalah dengan PKR dilakukan. Malangnya bagi mereka, PKR tidak bertindak balas walaupun DSAI sendiri dilaporkan telah ditengking oleh dalam satu perjumpaan di Terengganu. Tanpa tindak balas dari PKR, apa yang dikehendaki tidak tercapai dengan sepenuhnya. FASA 2 : PERTEMBUNGAN DENGAN DAP >Krisis bersama DAP berhubung isu hudud pula dihadapi pada penghujung 2014. Ianya turutdimanfaatkan ke arah pencapaian matlamat yang diingini. Giliran untuk ‘pimpinan yang ingin dijatuhkan’ dituduh sebagai boneka DAP pula! Mereka yang sekian lama dituduh sebagai boneka PKR dibidas dan digelar sebagai boneka DAP pula kerana tidak membela DS Presiden apabila dikritik DAP. Hakikatnya terdapat juga kesilapan dari pihak PAS sendiri dalam menangani persoalan ini.Semua sedia maklum bahawa krisis ini dicetuskan melalui tawaran yang dibuat seorang Menteri UMNO di Parlimen. (http://www.khalidsamad.com/2014/04/sekilas-ikan-di-air-umno-meminta-pas.html) Cara ianya disambut oleh pimpinan PAS sambil membelakangkan parti rakan dalam PR antara pencetus perbalahan. Pada masa sama ada juga persetujuan dan janji yang didakwa dimungkiri oleh pimpinan utama PAS. i) Pertembungan Dengan DAP Ditingkatkan Namun isu hudud ini lebih mudah diperalatkan untuk menimbulkan ketegangan antara PAS dan DAP. Ahli PAS akan melihatnya sebagai perbalahan yang wajar dan berasas. Amat patut untuk PAS memutuskan hubungan dengan DAP oleh keranannya mengikut pandangan ahli biasa. Maka Multaqa Ulama kedua pada 2015 menimbulkan kembali kritikan terhadap PR tetapi kali ini disasarkan DAP. Usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP mengikuti sejurus selepas itu. ii) Tercapainya Apa Yang Diingini Maka akhirnya, selepas berusaha sejak 2008, demi menyelesaikan ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS, keputusan yang diingini tercapai melalui pemilihan Muktamar 2015 (http://www.khalidsamad.com/2015/06/minggu-pertama-selepas-muktamar-ke-61.html). Pertembungan antara dua aliran pemikiran yang ingin mencorakkan hala-tuju politik PAS diselesaikan dengan kemenangan menyeluruh satu pihak. Hala-tuju yang telah diikuti PAS selama ini, yang bersifat inklusif, ‘PAS for All’ serta kommited kepada PR (http://www.khalidsamad.com/2015/06/sikap-inklusif-tgna-antara-ulama.html), tidak lagi akan dipertahankan pimpinan PAS Pusat kerana hala-tuju itu bukan lagi pilihan DS Presiden dan MSU. Hakikatnya, hubungan DS Presiden dengan DSAI dan LKS sudah lama rosak dan oleh itu sudah tiada lagi sebarang kejujuran dalam hubungan bersama PR. Malangnya kaedah yang digunapakai untuk mencapai perubahan pimpinan tidak merupakan kaedah yang telus dan jujur. Ianya tercapai melalui fitnah dan penyebaran kebencian terhadap pemimpin yang tidak dipersetujui mereka. Kempen fitnah dan kebencian ini mengharuskan juga amalan cai buat pertama kalinya di dalam sejarah pemilihan PAS. Seterusnya melalui adu-domba yang sengaja diadakan antara PAS dan PKR pada awalnya, dan PAS dan DAP pada kemudiannya. Ahli PAS mula pertikaikan PKR dan lebih-lebih lagi DAP. Dengan itu sokongan terhadap PR itu sendiri telah dapat dilunturkan. Mereka yang kuat menyokong PR turut tidak lagi mendapat sokongan penuh seperti dahulu. PEMBENTUKAN PARTI BAHARU Dengan penguasaan menyeluruh oleh pihak yang ingin membawa perubahan hala-tuju, termasuk DS Presiden sendiri, maka pihak yang ingin meneruskan hala-tuju lama tidak mempunyai pilihan selain menubuhkan parti baharu. Dulu pandangan mereka dapat juga dikemukakan dan mempengaruhi perjalan PAS, tetapi dewasa ini pendekatan pilihan mereka telah ditolak Muktamar 2015 walaupun tanpa ianya dibahas. Yang dibahas sebaliknya adalah isu lain, seperti ‘anti-ulama’ dan ‘anti-hudud’. Sebenarnya kesemua isu ini adalah sekadar helah untuk menaikkan sentimen kebencian sambil matlamat yang diingini tercapai. Penubuhan parti baharu yang akan meneruskan pendekatan lama ini terpaksa diusahakan oleh golongan yang telah difitnah. Dengan itu, paling kurang, imej perjuangan Islam yang inklusif dan terbuka, sebagai pembela nasib seluruh rakyat dapat mereka teruskan. KESIMPULAN Bagi diri saya, inilah sebenarnya punca perpecahan yang berlaku di dalam PAS.Perbezaan pendapat berhubung ‘wajibnya’ dominasi PAS atau ‘Melayu Islam’ adalah isunya! Malangnya ianya tidak dibincang atau dibahas, mungkin atas sebab ketidak-mampuan berhujjah, atau sangkaan buruk bahawa pihak satu lagi tidak akan menerima walau apa sekalipun hujjahnya! Sebaliknya pendekatan licik untuk menjatuhkan pimpinan dan mencorakkan pemikiran ahli dilaksanakan. Hasil ketidak-telusan ini maka akhirnya ramai yang bertanya, apa sebenarnya hala-tuju politik PAS? Ramai tertanya-tanya samada PAS ingin bersama PR, bersendirian atau bersama UMNO/BN? Timbulnya soalan ini atas sebab dilihat PAS “cakap tidak serupa bikin”. Analisa saya berusaha untuk memberikan rasional terhadap tindakan PAS yang kelihatan amat bercelaru ini. Tidak dinafikan, bacaan saya mungkin betul, mungkin tidak. Tetapi ini sahajalah yang mampu dirumuskan berdasarkn bacaan dari yang tersurat dan yang tersirat. Ianya sesuatu yang sukar apabila terdapat pimpinan di dalam mana-mana organisasi yang tidak sanggup berterus terang berhubung apa yang dilihatnya sebagai ‘masalah’. Perbahasan mengenai samada perlunya dominasi PAS dalam PR dan bagaimana pendekatan berbeza akan terhasil oleh kerana ‘syarat’ ini akan saya bincangkan dalam artikel yang berikutnya insyaAllah. Semoga Allah memberkati semua usaha kita ke arah menghayati agamaNya dan menzahirkan keadilanNya. sumber: http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/13/sejarah-perkembangan-harapan-baru-bahagian-2/ (http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/13/sejarah-perkembangan-harapan-barubahagian-2/) ***** PKR Pohon Maaf Kerana Membuat Kenyataan Menfitnah Khalid Kes saman bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap pengarah pilihan raya PKR Saifuddin Nasution selesai melalui penyelesaian luar mahkamah. Bagaimanapun terdapat kekeliruan berhubung permohonan maaf. PKR mendakwa penyelesaian itu dibuat setelah kedua-dua pihak saling memohon maaf. Peguam Khalid, Edmund Bon pula berkata permohonan maaf Saifuddin tidak bersyarat manakala permohonan Khalid pula dibuat atas semangat Syawal, bulan orang Islam bermaaf-maafan. Selepas penyelesaian di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan mendakwa penyelesaian dicapai seperti berikut: (1) Khalid menarik balik saman. (2) Saifuddin dan PKR memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. (3) Khalid memohon maaf kepada Saifuddin dan PKR. Bon berkata kenyataan itu tidak tepat. “Penghakiman persetujuan (consent judgment) tidak sama dengan menarik balik saman. “Keduanya, Saifuddin jelas meminta maaf tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman Khalid. “Ini termasuk isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor,” katanya. Beliau juga berkata Saifuddin berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan mengulangi lagi. “Khalid kemudian terima maaf itu dengan niat baik dan ambil peluang – kerana ini bulan Syawal – untuk mohon maaf jika dia mengguris perasaan sesiapa, termasuk Saifuddin dan anggota PKR,” kata Bon kepada Malaysiakini. Bon berkata ini kali pertama PKR membuat permohonan maaf di mahkamah. Penyelesaian itu dibuat selepas perbincangan dua jam. Saifuddin diwakili oleh William Leong yang juga anggota parlimen Selayang. Kenyataan penerimaan maaf oleh plaintif itu turun dimuat naik di Internet dan diulang tweet oleh Bon. Ia berbunyi: “Saya Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, menerima mohon maaf ini daripada defendan-defendan iaitu Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat. Dalam semangat bulan Syawal ini, saya juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin Nasution bin Ismail dan ahli-ahli yang lain.” Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/308611 (http://www.malaysiakini.com/news/308611) Download: Sejarah Perkembangan Harapan Baru (Bahagian 1) _ Harapan Baru (https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/08/sejarah-perkembangan-harapan-baru-bahagian-1-_-harapanbaru.pdf) Sejarah Perkembangan Harapan Baru (Bahagian 2) _ Harapan Baru (https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/08/sejarah-perkembangan-harapan-baru-bahagian-2-_-harapanbaru.pdf) Leave a comment Posted by khazanahnasional on August 14, 2015 in Uncategorized Tags: GHB

Kenapa Perlu Tubuh Gerakan Harapan Baru? 14 AUG

(https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2015/08/kenapa-perlu-harapan-baru.png) 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sebagai penyelesaian kemelut dalaman PAS. Menawarkan wadah baru ekoran berkuburnya Pakatan Rakyat dan perpecahan BN. Tegas pada prinsip dan sederhana dalam pendekatan. Pemimpin PAS gagal merai dan mengurus kepelbagaian menyebabkan PAS pecah dua. Tuntutan untuk meneruskan kelangsungan risalah Islam Rahmat Untuk Semua. Hubungan Harapan Baru dengan DAP adalah dalam bentuk kerjasama politik berdasarkan prinsip saling menghormati.

Sumber: http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/11/54/ (http://harapanbaru.net/index.php/2015/08/11/54/) Leave a comment Posted by khazanahnasional on August 14, 2015 in Uncategorized Tags: GHB khazanahnasional

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.