tindakangerakasuh | STREET ART FESTIVAL 2013 art+comunity+ [PDF]

Manakala isi dari biji hemp boleh digunakan sebagai bahan bakar, biasa secara langsung atau boleh juga di olah melalui p

5 downloads 6 Views 300KB Size

Recommend Stories


bases convocatoria torrefarrera street art festival
It always seems impossible until it is done. Nelson Mandela

Street Art
If you are irritated by every rub, how will your mirror be polished? Rumi

street art
Ego says, "Once everything falls into place, I'll feel peace." Spirit says "Find your peace, and then

Vision Art Festival ou
The wound is the place where the Light enters you. Rumi

Apopka Art & Foliage Festival
You have to expect things of yourself before you can do them. Michael Jordan

Liste des projets Street-art soutenus pdf
If you want to become full, let yourself be empty. Lao Tzu

Discover Weston's street art
Be who you needed when you were younger. Anonymous

Graffiti a Street art
The happiest people don't have the best of everything, they just make the best of everything. Anony

Mon Street Art Book
Life is not meant to be easy, my child; but take courage: it can be delightful. George Bernard Shaw

urban street art
The only limits you see are the ones you impose on yourself. Dr. Wayne Dyer

Idea Transcript


tindakangerakasuh UNCATEGORIZED

Biennale bondage: Be loved or be gone? MARCH 26, 2018 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT https://wp.me/p2UjuF-fQ (https://wp.me/p2UjuF-fQ)

Report this ad

Report this ad UNCATEGORIZED

SOLIDARITI FESTIVAL Oh! ‘Rupanya’ Cinta Itu Bunga MARCH 2, 2018 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT

Solidarity Festival 03-18/3/18 Art, Activism & collectivism Solidarity Festival 03-18/3/18. Art, Activism & Collectivism ‘Oh! Rupanya Cinta itu Bunga’, adalah sebuah idea tentang keterlibatan Seni, Aktivisme dan kolektivisme khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Berdasarkan keterlibatan ini, sejak dari tahun 1998 sehingga kini, secara personal mahupun berkolektif, berkesenian telah memberi kesan yang besar terutamanya dalam perkembangan Politik, Sosial, pendidikan dan sebagainya di Malaysia. Bermula tahun 2004, berterusan giat berkolektif di sekitar Shah Alam. Kami merupakan sekumpulan pelajar dan seniman bergerak atas nama ‘Komuniti Jalan Kempas’ di ruangan studio Jalan Kempas, Seskyen 3 yang aktif sejak tahun 2000 sebagai ruang latihan muzik, berkumpul dan bekarya bersama. “Salah satu fokus utama komuniti ini adalah memerhati dan mempelajari bagaimana sesebuah organisasi berfungsi, Jadi komuniti cuba membentuk cara berorganisasi yang baru dimana, setiap kerja dilakukan bersama, tanpa ada hieraki dalam organisasi dan keputusan yang diambil melalui konsensus. Pemilihan nama ‘komuniti’ juga cuba menunjukkan yang ia bergerak secara komuniti dan terbuka, dimana setiap orang akan dikira sebagai ahli komuniti jika mereka aktif bersama membina aktiviti (open group).” KJK 2004 Pelbagai aktiviti dan acara telah di laksanakan sepanjang 2004-2006, terutamanya keterlibatan Seni Aktivisme dalam merespon dan menyentuh isu semasa. Musik dan Mural antara platform utama kami dalam berkegiatan dan juga sebagai medium penyampaian yang berkesan dalam usaha menggabungkan kumpulan dan individu lain supaya bergerak aktif dan bersuara dalam membangunkan serta memasyarakatkan kesenian.

“Ini adalah satu reaksi terhadap permasalahan dan kekurangan yang dirasakan berlaku dalam amalan seni lokal. Secara khususnya, komuniti ini cuba menginjak satu pendapat dengan pembentukan ruang alternatif (konsep ruang bukan fizikal) yang cuba mengorganisasikan dan membentuk acara dalam ruang seni yang secara semulajadinya tidak mendiskriminasi. Ia juga merupakan satu reaksi terhadap ruang setempat yang tidak proaktif dengan aktiviti seni walaupun ia begitu berpotensi atas faktor-faktor tertentu. Komuniti ini cuba menjadi penggerak ataupun pencetus idea dan digerakkan bersama-sama dengan komuniti lain yang berkongsi idea yang sama atas dasar perkembangan seni, kesedaran, dan perubahan positif.” KJK 2004 Lanjutan dari kesedaran itu, dalam penciptaan ruang alternatif, bergerak secara indipenden dan bebas berkesenian telah tercetus dalam memberi gerakan terhadap perkembangan seni setempat. Dengan semangat aktivisme, berkolektif memberi nilai yang interpersonal dalam berinteraksi, berkreativiti dan beraksi bersama setelah hampir 20 tahun, seiring dengan Pergerakan Reformasi di Malaysia. 1. TEMA & KONSEP ACARA Seni, Aktivisme dan Kolektivisme, merupakan gabungan dan istilah yang dapat merepresentasikan hal-hal yang berkait dengan nilai-nilai budaya kebersamaan dalam menjadikan Seni sebagai bentukan bebas tanpa paras, batas dalam rupa, ruang dan masa yang berbeza.; Seni dan Aktivisme Alam dan Kemanusian Komuniti dan Kolektif Budaya dan Pendidikan TUJUAN Tujuan utama festival ini adalah aksi solidariti, terutamanya terhadap isu kemanusiaan dalam perkembangan ‘Gerakan Dikrimalisasikan Ganja’ di Malaysia untuk tujuan Perubatan dan Pendidikan. Sejak 2015, sebuah kolektif, iaitu ‘Kolektif Kupu-Kupu’, inisiatif dari T.I.G.A (tindakan Gerak Asuh) secara aktif mengikuti empat kes semasa berkaitan tanaman dan penggunaan Ganja. Usaha solidariti ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi meringankan beban menyokong dan membantu kos perundangan berdasarkan kes-kes yang diikuti. Bil

Kes

Butiran

Tahun/Tempat

1.

Bertani Ganja

Muhammad Haidir bin Abd Hamed

Penangkapan anggota NGO berdaftar dibawah Pertubuhan ‘Dewan Perdagangan Industri Herba Targas Malaysia’ diatas pertuduhan memiliki pokok ganja sebanyak 31 batang yang bertujuan ujikaji di dalam bidang perubatan.

(Seksyen 6B ADB1952) Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur hidup dan 6 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada Dis 2017, sekarang dilanjutkan di mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Sept 2014- Feb2018 Mahkamah Rayuan Malaysia, Putrajaya Dan Tahanan Penjara Kajang, Selangor.

2.

Remaja dan Ganja

Mohd Azrul Hakimi Bin Ahmad Hazami

Seorang aktivis kemanusiaan dibawah umur 20 tahun yang banyak melakukan kerja-kerja kebajikan telah ditangkap, kerana positif THC dan disyaki memiliki ganja.

April 2017-Jan 2018

(Seksyen 39A(2)ADB1952) Dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tahanan Penjara(Bawah Umur) Kajang, Selangor.

3.

Tanaman dan perubatan Ganja seorang pesara kapten ditangkap atas menyediakan perubatan alternatif berunsur ganja yang dipercayai telah merawat ramai pengidap sakit kronik sperti Bipolar, Kanser, Leukimia, Epilepsi, dan sakit buah pinggang.

4.

Perubatan Ganja Meyediakan perubatan berbasis Minyak Ganja (Cannabinoil) atas nama ‘Healthcare’ untuk tujuan perubatan dan kesihatan.

Amiruddin @ Nadarajan Bin Abdullah

Mei 2017-Feb2018

(Sek. 6B & 39B ADB1952)

Mahkamah Klang, Selangor.

Masih didalam Proses Pertuduhan dan menunggu laporan kimia.

Tahanan Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Muhammad Lukman bin Mohamad

Dis 2015-Feb 2018

(Seksyen 39B ADB1952)

Mahkamah Tinggi Jenayah, Shah Alam.

Masih didalam perbicaraan bermula Jan uari 2018.

Tahanan Penjara Sg. Buloh, Selangor.

ATURCARA PROGRAM 1. TARIKH: 03- 18 Mac 2018 2. TEMPAT: i) Lostgens Contemporary Art Space (Indoor/Gallery) No 8, Jalan Panggung , Kuala Lumpur. ii) Moutou Artist Run Space (outdoor/Rooftop garden) No 8, Jalan Panggung , Kuala Lumpur. iii) Lorong/Jalan Panggung , Petaling Street, Kuala Lumpur (Public space) 3. MASA: i) Logens/Exhibition – 1.00 -7.00 PM (Teusday-Friday) 1.00 – PM (Saturday-Sunday) ii) Moutou – 5. 00-11.00 PM (Teusday- Sunday) iii) Losgens and Moutou Closed every Monday Bil

Acara

Butiran

1.

Lostgens · Exhibition/installation · Discussion/forum · Presentation/sharing

2.

· Karya dan koleksi peribadi Aisyah Baharuddin 19982018 · Forum ‘ Kesan ADB1952 Terhadap Manfaat Tumbuhan Ganja/ Practice &Policy)



2.

· Koleksi dan dokumentasi daya usaha 2004-2018. (Komuniti Jalan Kempas/Pusat Sekitar Seni/Not Back to school/Kolekktif Kupu-kupu)



· Diskusi ‘Under Construction’ karya yang dicabul di pameran Kuala Lumpur Biennale 2017/18

Moutou

· Opening and closing party

· Music/gig

· Music show/ Pakaian tema

· Workshop

‘Back to 60’

· Video/photo/sound/

· ‘No Tie day’ Tie & Dye Workshop

Screening

· Music Workshop (Didgeridoo)



· Solar Cooking Workshop

Lorong & Jalan Panggong

· Pasar percuma

· Public Art

· SkateWorkshop/Bike Picnic

· street art exhibition/

· ‘Puisi Riot’ Street exhibition/Performance

Performance

· Berry Bomb ( menanam pokok Mulberry)

· Workshop Butiran dan Semakan Acara Bil

Tarikh/Masa

Acara

Butiran

Penyertaan

1.

3 Mac /Sabtu

Opening Party

Losgens –

Music band /DJ

Masa: 8.00 PM

Music Performance.

Moutou –

i.Sendiket Jongkong Emas





ii. The Naughty Boy iii. Bani iv. Pelat v. Kent Lee vi. Ayam Fared vii. Ian Han viii. Kichigai

2.

4/Mac/Ahad Masa: Workshop : 10.00 am

Workshop/Presentation: “Colorado Weed Policy” Introduction to Marijuana Policy in Denver by Molly Duplechain

Pameran / persembahan/

Puisi Riot

Workshop

Wordwar1

Losgens/

i.Masih Tersenyum

Jalan/Lorong Panggong

ii.Ayam Fared iii.Shaman

3.

9/3/Jumaat





Puisi Riot

8.00 pm

‘Puisi Riot’performances

Moutou

Wordwar2 i. ii. iii.

4.

10/3/sabtu

Music show / gig/

2.00 pm

Moutou

Band/Dj



i. ii. iii.

5.

11/3/ Ahad

Open DISCUSSION

Workshop/

Panel/Speaker

3.00 pm

‘Underconstruction’ Censorship issue

‘No tie day’- tie and dye workshop by Alan. Moutou

Pusat sekitar Seni

6:00 PM

iii.



iv.

6.00 pm

/PSS/PP/KLB 2017/18

ii.

6.

17/3/Sabtu

FORUM

Panel

Band/Dj ‘Back to 60’

Masa: 4.20 PM

‘Practice and Policy

i.3M-Malaysia Medical Marijuana

i.

ADB 1952’/ Losgens. ‘Back to 60’ costume party/moutou

ii. NGO- MASA

ii. iii.

iii. Saodah of Sauk iv. 3M

iv.

v.Taufik Salleh 7.

18/3/Ahad

Pasar percuma/

Masa: 2.00 PM

Skate/Bike picnic/berry bomb. Closing party

Sharing/ Pulau Bidan permaculture/ Closing/farewell party/pot luck/Art Market

Karaoke/DJ i. ii. iii.

BAJET Festival ini adalah atas daya usaha kolektif dan tidak mendapat sokongan dana atau tajaan dari mana-mana pihak. Sungguhpun demikian dengan kekangan waktu yang terbatas, segala aktiviti dan kerjasama kolaborasi dalam bentuk fikiran, karya, tenaga, kewangan atau hadir ke lokasi serta langsung berkegiatan bersama amat di alu-alukan. Masuk adalah dengan Sumbangan OLEH: Anjuran: Tindakan Gerak Asuh Dengan Sokongan: Lostgen’s Contemporary Art Space & Moutou Artist run space Dan Kerjasama: Komuniti Jalan Kempas /Pusat Sekitar Seni/Kupu-Kupu Aceh/Not back to School. TERIMA KASIH UNCATEGORIZED

PROJEK MURAL (STREET ART FESTIVAL 2012) FEBRUARY 23, 2018 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT INFORMASI PROJEK: Pada kali ini TIGA mengajak semua pihak yang mempunyai kesedaran tentang alam sekeliling untuk bergabung dalam PROJEK MURAL (STREET ART FESTIVAL 2013), sebuah acara Komuniti setempat yang bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap Alam Sekitar melalui Seni Publik. Projek mural ini adalah sebuah media pendidikan dan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap masalah isu-isu setempat berkisarkan alam sekitar seperti pembuangan sampah merata-rata dan pembangunan tidak terancang. Melalui acara ini juga kita boleh bekerjasama dalam memupuk kesedaran untuk memelihara alam sekarang untuk generasi masa hadapan. Melalui Kesenian dengan memperkenal Seni Mural Sebagai medium utama dalam menyampaikan pesan kepada masyarakat dan secara tidak langsung memperindahkan kawasan sekitar kampung. Projek ini juga turut melibatkan seluruh kompenen masyarakat dari segala usia, etnik,agama, Jantina, pangkat, tahap keupayaan dan kawasan juga fokus utama kepada golongan muda. TIGA (Tindakan Gerak Asuh), ditubuhkan pada tahun 2008, telah menjayakan beberapa projek seperti Perpustakaan Mini, Rumah Anai-Anai, Laman Budaya, Shah Alam dan Bengkel Terapi seni Untuk Pesakit AIDS dan HIV, (The Journal of Healing Journey), Batu Arang, Rawang. Memperingati seketika, apa yang terjadi di sekitar kita sejak akhir-akhir ini, seperti seringkali terjadi banjir, tanah runtuh, serta perubahan cuaca yang tidak menentu,mungkin sudah saatnya menyedari bahawa kita semua telah melakukan dosa kepada alam dalam memeliharanya. Seandainya, tiada penebangan pohon secara berleluasa, pembuangan sampah merata-rata dan banyak lagi pemerkosaan manusia terhadap alam demi kepentingan sendiri tanpa memikirkan akibat untuk generasi akan datang. Percayalah, bencana yang menimpa bumi kita tidak akan berlaku. Sebagai manusia, dan juga kelompok seniman yang mempunyai nilai sensetiviti yang tinggi haruslah bertanggung jawab terhadap masalah sekeliling masyarakat setempat dan menjadi tugas untuk bertindak menggunakan seni sebagai senjata dalam mengurangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Namun, berapa lama kita harus menunggu dan dimungkinkan akan meledak. Atau, sehingga berlakunya bencana di tempat kita sendiri. Kampung Karuppiah, Padang Jawa saat ini, sering dilanda banjir kecil. Paras air mulai meningkat tatkala hujan lebat tanpa henti. Sekiranya kita tidak cepat mengambil sikap yang lebih tegas terhadap masalah ini, ia akan berlanjutan menjadi banjir besar.Melalui projek ini, diharap dapat mempereratkan lagi ikatan dan bersama-sama menyelamatkan situasi sekarang supaya kita tidak dibayangi mimpi buruk yang bakal terjadi. TIGA (Tindakan Gerak Asuh), mengajak semua memberi sokongan yang baik dalam memulai kegiatan membangun kesedaran masyarakat setempat mengenai betapa pentingnya penghijauan dan persekitaran yang bersih. Projek ini akan bermula pada bulan Disember 2012 cuti akhir tahun persekolahan, dan acara kemuncak akan berlansung selama seminggu pada bulan 23 -31 Mac 2013 yang disemarakkan dengan program, Bengkel Seni Mural, Pameran dan Pertandingan Mural. Manakala acara pentas seni untuk Street Art Festival selama tiga hari, iaitu persembahan seni, majlis perasmian dan penyampaian hadiah diikuti dengan Jelajah Mural. 2.3 TUJUAN Projek ini bertujuan berdasarkan beberapa perkara: Menggunakan Seni Mural sebagai medium utama dalam memperkenalkan Seni Publik yang semakin mendapat perhatian dari masyarakat . Mengembalikan Ruang Publik kepada masyarakat sebagai medium perhubungan sosial antara masyarakat. Menjadikan Seni Mural sebagai sebuah media pendidikan menjadi bertambah, baik secara teknik mahupun pengetahuan. Merealisasikan kepedulian betapa pentingnya penghijauan dan persekitaran yang bersih. Mempamerkan bakat dan potensi berlandaskan budaya kreativiti dalam memperindahkan kawasan sekeliling. Mewujudkan platform bagi golongan muda dalam memberi ruang dan peluang membangun identiti diri. STREET ART FESTIVAL UNCATEGORIZED

Ini Cerita Aku – Kenapa Anak-Anak Aku “Tidak Bersekolah”? FEBRUARY 23, 2018 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT https://www.iniceritaaku.com/stories/20180222/kenapa-anak-anak-aku-tidak-bersekolah/ (https://www.iniceritaaku.com/stories/20180222/kenapa-anak-anak-aku-tidak-bersekolah/) UNCATEGORIZED

5 Things You Should Know About the Artists’ Whose Artworks Were Removed from the Kuala Lumpur Biennale DECEMBER 6, 2017 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT https://wp.me/p2UjuF-fx (https://wp.me/p2UjuF-fx) UNCATEGORIZED

Tanaman Ganja Adalah Herba Tradisonal Bukan Najis Dadah. DECEMBER 4, 2017 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT

(https://tindakangerakasuh.files.wordpress.com/2017/12/15123922715131119495985.jpg)

Pada 30 September 2014, Malaysia telah digemparkan dengan penangkapan seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon tanaman ganja di dalam polibeg pelbagai saiz, dianggarkan berusia antara 7 hingga 8 bulan, berada di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu, di Sungai Buloh, Selangor. Semasa serbuan dibuat, Mereka tidak mengaku bersalah, Perbicaraan sekarang sudah berada di peringkat penggulungan dan di bawah pertuduhan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Mereka terdiri daripada dari anggota Pertubuhan berdaftar di bawah Dewan Perdagangan Industri Herba Targas Malaysia, sekarang ditahan dan ditempatkan di penjara Sungai Buloh. Semasa serbuan dibuat, antara bahan yang dirampas sebagai bahan bukti adalah, helaian poster ‘Support don’t Punish’, daun kering dan biji benih disyaki ganja, peralatan kebun seperti penggali tanah, 79 naskah buku bertajuk ‘ERA 39B’, 2 naskah buku, ‘How to Regulate Cannabis’, satu Sijil pendaftaran Pertubuhan ‘Dewan Perdagangan Industri Herba Targas Malaysia/ Malaysia Targas Herbal Industry Trade Chamber (TARGAS) dan satu Penyata Insuran MA Life. Berdasarkan rampasan 79 naskah buku yang diterbitkan oleh mereka sendiri, turut mendapat kerjasama dari kempen antarabangsa Support don’t Punish, International Drug Policy Consortium dan mendapat dana dari European Union. Mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, seseorang itu harus berhadapan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. Adalah satu kesalahan dibawah seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja walaupun sepohon dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan tidak kurang dari 6 sebatan. Pada 1 Disember 2017, media tempatan telah melaporkan bahawa Parlimen Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B (ADB 1952). Berikutan itu, sejak 2014 sehingga sekarang kes TARGAS adalah antara kes utama dalam menentukan perkembangan tanaman ganja di sisi undang-undang. Ini kerana pertubuhan TARGAS secara jelas mengangkat kesedaran tentang pendidikan perubatan herba. Kolektif Kupu-Kupu Aceh memanggil semua golongan masyarakat agar sedar tentang kebaikan tanaman ganja di dalam perubatan dan pembangunan. Hadirkan diri pada penggulungan akhir perbicaraan TARGAS pada 7 Disember 2017 di Mahkamah Tinggi Jenayah (6) Malaya Shah Alam jam 9 pagi, sebagai satu tanda ‘Masyarakat yang berani atas kebenaran.’ kupu-kupu Aceh Disember 4, 10.30 pm. UNCATEGORIZED

Street Art Today: Social Advocacy, Corporate Advertising Or Tourist Attraction? NOVEMBER 29, 2017 | TINDAKANGERAKASUH | LEAVE A COMMENT http://www.malaysiandigest.com/features/540755-street-art-today-social-advocacy-corporate-advertising-or-tourist-attraction.html (http://www.malaysiandigest.com/features/540755-street-arttoday-social-advocacy-corporate-advertising-or-tourist-attraction.html) tindakangerakasuh

Blog at WordPress.com.

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.