Universiti Utara Malaysia - Wikiwand [PDF]

... perniagaan tani, dan kaunseling. Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di k

4 downloads 21 Views 162KB Size

Recommend Stories


Universiti Utara Malaysia
The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now. Chinese Proverb

Universiti Utara Malaysia
Do not seek to follow in the footsteps of the wise. Seek what they sought. Matsuo Basho

universiti sains malaysia
Pretending to not be afraid is as good as actually not being afraid. David Letterman

injet.upm.edu.my - Universiti Putra Malaysia
Your big opportunity may be right where you are now. Napoleon Hill

(SSS), Universiti Malaysia
Knock, And He'll open the door. Vanish, And He'll make you shine like the sun. Fall, And He'll raise

universiti malaysia sabah
Be grateful for whoever comes, because each has been sent as a guide from beyond. Rumi

universiti kebangsaan malaysia
Don't fear change. The surprise is the only way to new discoveries. Be playful! Gordana Biernat

universiti sains malaysia
Life isn't about getting and having, it's about giving and being. Kevin Kruse

universiti teknologi malaysia
Just as there is no loss of basic energy in the universe, so no thought or action is without its effects,

Universiti Kebangsaan Malaysia
Be like the sun for grace and mercy. Be like the night to cover others' faults. Be like running water

Idea Transcript


MS

+ Upgrade Wikipedia

Universiti Utara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Universiti Utara Malaysia





Moto

Ilmu Budi Bakti

Jenis

Awam

Ditubuhkan pada

1984

Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Canselor Badlishah Tuanku Al-Sultan Kedah Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Naib Canselor Ishak Lokasi

Sintok, Kedah dan Kuala Lumpur

Kampus

Kampus utama di Sintok

Laman web

http://www.uum.edu.my

Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia (singkatan: UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah "Ilmu, Budi, Bakti".

Sejarah Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya. Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh. Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman. Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini dan seluas 1,061 hektar siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS). Para pelajar pula ditempatkan di 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP). 15 DPP ini mampu menempatkan hampir 20,000 orang mahasiswa. DPP ini dinamakan mengikut syarikat- syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. Ia terdiri daripada MAS, TENAGA NASIONAL BERHAD, TRADEWINDS, PETRONAS, GRAND LUBRICANT, MISC, SIME DARBY, BSN, TELEKOM MALAYSIA, PROTON, MAYBANK, YAYASAN AL-BUKHARY, BANK MUAMALAT, BANK RAKYAT dan SME BANK. Satu keunikan universiti ini adalah kebanyakan kemudahan yang terdapat di situ terbuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk pelancong yang berkunjung ke sana iaitu di University Inn dan EDC Hotel. Menyedari hakikat kebajikan kakitangan yang berkhidmat dengan universiti, UUm telah menyediakan hampir 600 unit rumah berbagai jenis untuk keselesaan mereka.UUM juga menjadikan kampusnya sebagai sebuah kampus terbuka kepada orang ramai untuk mengunjunginya dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalamnya. Bagi menyokong hasrat ini, UUM turut menyediakan tempat-tempat penginapan di dalam kampus seperti Universiti Inn di samping DPP yang boleh disewa pada masa cuti semester. UUM juga menawarkan tempat penginapan bertaraf hotel iaitu EDC-UUM yang terletak berhampiran pintu masuk utamanya. UUM telah memajukan sebahagian kawasan hutan simpannya seluas 107 hektar sebagai salah satu tarikan pelancongan di wilayah utara dengan mewujudkan beberapa kemudahan seperti padang golf 9 lubang, litar go-kart antarabangsa, kawasan perkhemahan, lapang sasar menembak dan memanah, taman rusa, pusat ekuestrian dan sebagainya. Penubuhan UUM adalah bagi memenuhi matlamat asas mengisi permintaan guna tenaga yang berkelayakan dan terlatih dalam bidang pengurusan.

Objektif Universiti Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang pengurusan teknologi, logistik dan pengangkutan, komunikasi, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, matematik perniagaan, statistik industri, pengurusan perniagaan, pelancongan,pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan, perbankan, undang-undang, pemasaran, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaan tani, dan kaunseling. Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di Universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain. Di samping pengajaran dan penyelidikan, Universiti ini memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan utara Malaysia. Projek kemasyarakatan sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan sektor swasta kerap dilaksanakan . Kesimpulannya, kerangka objektif UUM adalah: 1. Untuk menjadi institusi pendidikan pengurusan yang terkemuka; 2. Untuk menjadi pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan; 3. Untuk menjadi pusat perunding dalam semua aspek pengurusan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Visi Universiti Menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuka.

Misi Universiti Kami mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global.

Senarai Naib Canselor 1984: Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh. 1989: Tan Sri Dato' Dr. Othman Yeop Abdullah 1993: Dato' Dr. Shamsuddin Kasim 1999: Y. Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh 2001: Y. Bhg. Brig. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri 2005: Y. Bhg. Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi 2010: Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Teknologi pendidikan Sejak 2009, UUM telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle.[1]

Rujukan 1. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, ed. (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan luar Laman rasmi UUM Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden menjadi fakulti pertama di UUM Jurnal ICT Laman rasmi Fakulti Teknologi Maklumat, UUM Fakulti Teknologi Maklumat Persidangan Antarabangsa Pengurusan Pengetahuan KMICE: Persidangan Antarabangsa Pengurusan Pengetahuan 2008 Sintok .COMmunity Blog komuniti dan forum mengenai berita dan perkembangan Sintok dan UUM. Jurnal UUM Sintok Jurnal persendirian oleh salah seorang daripada pelajar UUM Persatuan Bekas Grup Kembara UUM (PERBARA) [show] l b s

Universiti di Malaysia [show] l b s

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Kategori Kategori: Universiti dan kolej di Malaysia This page is based on a Wikipedia article written by contributors (read/edit). Text is available under the CC BY-SA 4.0 license; additional terms may apply. Images, videos and audio are available under their respective licenses. Enjoying Wikiwand? Give good old Wikipedia a great new look: Upgrade Wikipedia

Home About Press Site Map Terms Of Service Privacy Policy Universiti Utara Malaysia Introduction Sejarah Objektif Universiti Visi Universiti Misi Universiti Senarai Naib Canselor Teknologi pendidikan Rujukan Pautan luar Listen to this article

Smile Life

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile

Get in touch

© Copyright 2015 - 2024 PDFFOX.COM - All rights reserved.